Hi, what are you looking for?

Saya Halalkan Demi Kelangsungan Hidup – Bos Mydin

Mamak News

Saya Halalkan Demi Kelangsungan Hidup – Bos Mydin


Tular isu pecah masuk Mydin Mart di Sri Muda, Shah Alam baru-baru ini, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Haji Ameer Ali Mydin telah mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, beliau telah menghalalkan barang yang dicuri dan memaafkan individu yang melakukan perbuatan tersebut.

BACA: Ada Yang Terus Pecah Masuk, Harap Orang Ramai Tidak Ambil Kesempatan – Mydin

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sejujurnya, saya tidak menyokong perbuatan mencuri tersebut, namun dalam keadaan darurat, mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup.

Saya Halalkan Demi Kelangsungan Hidup – Bos Mydin

“Dengan seikhlas hati saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang lambat tiba dan bukan niat yang sebaliknya,” katanya dalam satu kenyataan media.

Tambahnya lagi, beliau menyeru orang ramai untuk memanjatkan doa kepada Allah SWT agar mereka semua terselamat dan bencana banjir serta pandemik ini pulih seperti sedia kala.

Semalam, memetik laporan BERNAMA, Polis mengesahkan berlaku beberapa kejadian pecah masuk ke kedai serbaneka di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor yang sedang mengalami banjir teruk.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 1 tengah hari ke 2 petang antaranya membabitkan Mydin, KK Mart, 7eleven dan pasar raya Gmart.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya keadaan buat masa ini terkawal dan elemen cegah jenayah digerakkan dengan bantuan Pasukan Gerakan Am (PGA) untuk memastikan tiada lagi kejadian pecah masuk kedai berlaku di kawasan tersebut.

Sumber: Mydin

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Ibu Bapa Kena Tahu, Ini Cara Berkesan Cuci Slime Yang Lekat Pada Pakaian Anak Dulu mungkin kita sudah terbiasa melihat kanak-kanak bermain tanah...

Mamak News

0 AMPANG JAYA – Helah penagih dadah yang menyamar sebagai polis mengundang padah apabila ditahan pegawai keselamatan di sebuah apartmen di Ukay Perdana, di...

Hiburan

0 MENDIANG merupakan antara pemuzik paling berbakat dan berpengaruh pernah dilahirkan di dunia. Kenyataan tersebut adalah satu fakta yang sukar berganjak. Tina Turner. Sepotong...

Lifestyle

0 Lelaki itu jadi mangsa penipuan selepas kerugian RM320k Gara-Gara Nak Beli R Dan Arak Murah, Lelaki Dari Miri Ini Rugi RM320k. Dilaporkan seorang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications