Hi, what are you looking for?

Hiburan

Saya memang dilamun cinta – Nasha Aziz


KUALA LUMPUR – Aktres yang juga model terkenal Nasha Aziz mengakui jambangan bunga yang sering diterimanya merupakan kiriman daripada seseorang yang istimewa.

Nasha atau nama lengkapnya Noraishah Abdul Aziz berkata, pemberian tersebut semestinya juga dilakukan insan yang menyayanginya.

“Seseorang yang menyayangi sayalah. Sudah tentulah orang yang menyayangi kita akan menghargai wanita itu dalam bentuk bunga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya rasa itu simbol cinta. Betul tak? Simbolik bunga itu adalah mungkin supaya saya selalu mengingatinya.

“Kerana mungkin dengan sifat itu (beri bunga), dia boleh menarik perhatian saya dengan memberikan bunga,” katanya yang sudah mengenali individu rahsia itu sejak sembilan bulan lalu.

Ditanya mengenai perasaannya kini, pelakon filem Laila Isabella mengakui sememangnya sedang dilamun cinta setiap hari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya memang dilamun cinta setiap hari. Saya memang mencari cinta pada setiap waktu.

“Cinta itu bukannya datang dari seorang lelaki dan wanita saja, tapi kita semua,” ujarnya.

Ditanya mengenai kriteria lelaki yang menjadi idamannya, Nasha, 51, bagaimanapun mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi tentang perkara itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Insya-Allah, dia mungkin menepati. Kita kena kenal lebih rapatkan? Tapi, ruang untuk rapat itu susah juga sebab baru sembilan bulan,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media filem terbaharunya, Talbis Iblis arahan Kabir Bhatia di Panggung Asia, Gombak sebentar tadi.

Berkongsi mengenai penglibatannya dalam filem bergenre seram itu, Nasha berkata, dia menerima naskhah tersebut selepas beberapa kali berbincang dengan penulis skrip dan pengarah sekali gus keluar mahu keluar dari zon selesa menerusi watak yang sering dibawakan.

Terdahulu, penerbit terkenal, Fadzil Teh mendedahkan Nasha sering menerima jambangan bunga ketika berada di set penggambaran naskhahnya terbitannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi perkongsian dalam TikTok, Fadzil memuat naik video dirinya sedang mengusik aktres tersebut untuk mengetahui gerangan individu yang memberikan bunga kepadanya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Mamak News

0 Polis Tahan Lelaki, Disyaki Suspek Kes Bunuh Penyanyi Rap, Tupac Shakur 27 Tahun Lepas Polis Amerika Syarikat menahan seorang lelaki di Las Vegas,...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Keadaan hujan renyai mengiringi paluan berundur Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications