Hi, what are you looking for?

Mamak News

“Saya Pergi Dulu, Jangan Menangis Ya”, Pesan Akhir Atuk Buat Nenek, ‘Pergi’ Sehari Selepas “Anniversary”


‘Saya Pergi Dulu, Awak Jangan Menangis Ya,” Kata Terakhir Lelaki China Tinggalkan Rasa Pilu

Baru-baru ini, tular sebuah video yang merakam detik-detik serta pesanan terakhir seorang lelaki yang sedang nazak kepada isterinya, yang berlaku di utara China. Video berkenaan yang mengabadikan kenangan terakhir pasangan yang telah pun hidup bersama lebih 64 tahun itu telah ditonton jutaan kali dan menjadi bualan hangat warga maya negara tersebut.

Difahamkan video berkenaan dirakam pada tahun lepas ketika lelaki berkenaan, yang berusia 88 tahun sedang terlantar di sebuah hospital. Dia kemudiannya dilaporkan meninggal dunia tidak lama kemudian akibat menderita penyakit yang tidak dapat dikenal pasti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Warga maya ternyata tidak dapat menahan sebak apabila mendengar sendiri pesanan terakhir yang diluahkan lelaki berkenaan kepada isteri tercintanya sebelum mereka berpisah buat selama-lamanya. Dengan nada lembut, dia meminta agar isterinya tabah dan tidak meratapi pemergiannya kelak sehingga mengabaikan kesihatan diri sendiri.

Kredit: Douyin

Pesanan terakhir lelaki tersebut kepada isteri kesayangannya

“Jika ada cucu atau menantu yang buat awak rasa tak gembira, awak jangan mengalah” pesannya lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Manakala isteri kepada lelaki berkenaan yang berusia 83 tahun ketika itu dilihat menangis teresak-esak di sisinya sambil mengelap air mata.

“Saya benci awak. Kenapa awak nak tinggalkan saya seorang diri dalam keadaan yang tergesa-gesa,” ujar si isteri sambil air mata bercucuran mengalir di pipi.

“Awak, janganlah menangis. Saya tak mahu tinggalkan awak, namun ia bukan pilihan yang saya boleh tentukan sendiri.”

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya rasa bahagia sangat-sangat sebab kita dapat hidup bersama untuk bertahun-tahun lamanya. Berbeza dengan adik-adik awak, mereka kehilangan suami kesayangan masing-masing ketika mereka berusia 50 dan 60-an,” pujuk lelaki tersebut.

Hanya dimuat naik baru-baru ini

Sejak dimuat naik baru-baru ini oleh salah seorang cucunya di akaun Douyin bernama, Xin Jing Jia You, video berkenaan difahamkan telah menjadi bualan hangat warga maya di sana.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Datuk sudah pun pergi buat selama-lamanya. Sejak itu, nenek kerap menangis seperti seorang kanak-kanak. Datuk meninggal dunia sehari selepas mereka menyambut ulang tahun perkahwinan kali ke-64.

”Nenek adalah wanita paling berharga dalam hidup datuk dan dia menjaga nenek dengan baik di sepanjang hayatnya,” tulis Xin dalam kenyataan yang dimuat naik bersama video berkenaan.

Setakat ini, video tersebut sudahpun ditonton lebih 32 juta kali.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kredit: DouyinReaksi sedih warganet China ketika melihat video ini

Rata-rata, tiada reaksi lain yang dapat diluahkan wargamaya melainkan rasa hiba dan perit kehilangan selepas menonton video yang sangat menyentuh hati tersebut.

“Saya menangis setiap kali melihat video ini. Atuk tidak menyebut perkataan ‘cinta’ atau ‘sayang’ walaupun sekali, tetapi bait-bait ayat yang diungkapkan penuh dengan perasaan tersebut.

”Nampak dia sangat risaukan keadaan isterinya selepas ketiadaannya nanti. Nenek pula seolah-olah tidak dapat berpisah dengannya,” kata salah seorang warga maya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya menonton video tersebut buat kali ketiga. Sejujurnya, saya cemburu dengan kekuatan cinta pasangan ini. Jelas, itu cinta suci yang hanya dimiliki generasi lama,” menurut warga maya lain.

Manakala, ada juga yang melihat perpisahan itu dari sudut positif.

“Dia telah meninggal dunia dalam keadaan selesa. Tiada apa-apa tiub dipasang pada badannya, tidak seperti pesakit-pesakit lain yang seusia dan menderita penyakit kronik. Atuk masih sedar dan sempat memujuk isterinya sebelum berpisah buat kali terakhir.”

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: “Awak Keluar Kereta Dulu”, Kata-Kata Terakhir Nurul Nazihah Pada Suami

Sumber: South Morning Morning Post

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Mamak News

0 TOKYO: Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat (AS), Osprey yang membawa lapan anak kapal terhempas di Pulau Yakushima di pantai Jepun. Menurut laporan media...

Sukan

0 VALENCIA – Pasukan Repsol Honda mula mengatur barisan kru terbaik mereka menjelang persiapan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan selepas mengesahkan kehadiran pelumba...

Mamak News

0 Saintis Bimbang Glasier Di Antartika Cair Mendadak & Membimbangkan Kajian sekumpulan penyelidik dari Universiti Leeds mendapati bahawa pencairan ais di kawasan barat Antartika...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Boleh berpoligami tetapi jangan jadikan tontonan umum.” Itu nasihat pelakon Azhar Sulaiman buat para suami susulan isu poligami yang hangat...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications