Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Hiburan

Saya tak cakap pun nak nikah – Fauziah Ahmad Daud


PETALING JAYA: Seniwati Fauziah Ahmad Daud menafikan dirinya bakal menamatkan zaman janda seperti sangkaan ramai pihak.

Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy, 60, berkata, risikan yang dimaksudkan dalam sebuah perkongsian Facebooknya adalah pinangan daripada produksi, DStar Management yang bakal menerbitkan pementasab teater Muzikal Wajah Rahsia Hati pada Februari tahun hadapan.

“Ramai orang ingat saya hendak bernikah. Saya tak cakap pun nak bernikah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Risikan yang dimaksudkan adalah pelawaan Hafiz Glamour untuk mengadakan teater muzikal ini sebenarnya. Saya tak ada cakap nak nikah pun.

“Cuma bila ramai yang doa, saya aminkan sahaja,” katanya ketika ditemui dalam majlis pelancaran teater muzikal berkenaan hari ini.

Fauziah Ahmad Daud berkata demikian ketika ditanya berhubung status yang dimuat naik di laman Facebooknya kelmarin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teater Muzikal Wajah Rahsia Hati bakal diadakan di Gateway Theatre Singapura itu pada 11 Februari tahun hadapan.

Persembahan berbentuk monolog tersebut mendapat sentuhan penulis skrip, Slen Fadzil dan Zurina Waji serta bakal diarahkan pelakon dan pengarah teater, Kamaruzaman Taib atau lebih dikenali sebagai Che Kem.

Dalam pada itu, Ogy berkata, tawaran tersebut sudah diterima sejak lima tahun lalu, namun hanya pada tahun ini beliau memberanikan diri untuk bermonolog bercerita tentang perjalanan hidupnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Banyak istikharah yang saya buat sebelum setuju terlibat dalam teater muzikal ini. Lima tahun, saya belum berani sebenarnya

“Tetapi keyakinan dan kematangan diri membuatkan saya berani. Nak pegang panggung ini bukan satu kerja mudah. Tetapi ini bukan satu bebanan.

“Saya yakin mampu untuk memberi persembahan terbaik,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Muzikal Wajah Rahsia Hati akan dipentaskan di Gateway Theatre Singapura pada 11 Februari depan.

Tiket pementasan boleh ditempah secara online menerusi www.tiketmaster.sg. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement