Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Saya tak gila nak jatuhkan bisnes sendiri


PETALING JAYA – Berdepan tuduhan menganiaya pekerja restorannya, personaliti masakan popular Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan menangkis dakwaan yang tular dalam laman sosial itu.

Katanya, sebagai seorang chef profesional dia masih waras dalam menjaga kebajikan pekerja dan reputasi baiknya yang dikenali seantero dunia.

“Gila ke saya nak rosakkan nama saya sendiri?,” katanya.

Menurut Chef Wan, perkara berkaitan pengurusan atau sumber manusia Kumpulan Restoran Chef Wan (CWGR) bukan bawah kendaliannya kerana dia hanya bertanggungjawab mengendalikan resipi serta menjaga kualiti makanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sejak awal bekerjasama, saya sudah terangkan secara jujur dan ikhlas. Saya tak buat keputusan untuk gaji kakitangan atau mengambil, memecat kakitangan dan operasi.

“Jadi, saya tanya rakan perniagaan dan Pengurus Besar untuk jelaskan kepada saya jika betul (dakwaan) kerana membabitkan nama saya yang tidak berdosa ini.

“Saya dimaklumkan bahawa dakwaan itu tidak betul,” katanya dalam perkongsian Instagram.

Menurut Chef Wan, memang ada kakitangan yang diberhentikan dan dipotong gaji atas faktor prestasi kerja, tidak berdisiplin atau didapati menipu syarikat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sebahagian pekerja ini sebenarnya tidak gembira dan berhenti kerja selain ada pula yang asyik bergaduh sehingga memberi kesan kepada kualiti perkhidmatan serta makanan kami.

“Takkan mereka sampai tak boleh ditegur? Takkan sebagai majikan, kita nak tunduk kepada fitnah atau ugutan mereka?

“Jadi, saya cuba memahami keadaan kedua-dua pihak sehingga ke akar umbi bagi mencari punca supaya nama saya tak tercalar kerana saya yang tersepit di tengah-tengah,” ujarnya.

Baginya dia tidak mungkin melakukan perbuatan yang menganiaya pekerja tanpa sebarang sebab.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tengok air muka saya baik-baik, adakah saya jenis manusia yang suka menipu? Nampak sangat tuduhan datang dari hati tidak baik.

“Jangan fitnah saya. Hanya kerana tidak setuju dengan polisi syarikat, saya dikatakan penipu,” ujarnya.

Sebelum ini tular di media sosial tentang pendedahan seorang pekerja di restoran De.wan 1958 by Chef Wan yang mendakwa gajinya dipotong sebanyak RM1,000 tanpa diberikan sebab munasabah.

Susulan itu Chef Wan menjadi sasaran kecaman ramai memandangkan restoran berkenaan menggunakan namanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengurusan CWGR pula mengeluarkan kenyataan penularan itu adalah berita palsu, malah syarikat terbabit memberi amaran tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement