Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Saya tak tandatangan kontrak pun – Ruhainies


PETALING JAYA – Susulan dakwaan tidak komited dalam kerja sebagai duta dengan sebuah produk kecantikan dan kesihatan, pelakon Ruhainies bagaimanapun menegaskan tidak menandatangani sebarang kontrak dan menerima bayaran daripada pihak terbabit.

Dalam masa sama, Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, memaklumkan bahawa dakwaan tersebut sangat mengelirukan dan bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya.

“Isu ini sebenarnya sangat ‘straightforward’ (jelas). Saya tidak menandatangi sebarang kontrak sebagai duta kepada produk tersebut. Bayaran pun masih ada masih tertunggak, kontrak pun belum tandatangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya tidak mahu mengulas lanjut berhubung dakwaan tersebut. Siapa yang mahu bekerja tanpa bayaran kan? Takkan nak kerja percuma?” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Sementara itu, pelakon drama Hello, Mr. Perfect! yang aktif menjadi duta kepada banyak produk itu turut meninggalkan pesanan kepada pengasas produk lain agar dapat bekerja secara telus.

“Jangan ada niat jahat dalam berniaga,” ujarnya ringkas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hari ini, pihak Aurebelle Beauty memaklumkan bakal mengambil tindakan undang-undang kepada Ruhainies atas alasan tidak menjalankan kerja dan komitmen sebagai duta produk mereka iaitu Mixberries Royal Women.

Mereka turut mendakwa Ruhainies melanggar kontrak dengan menarik diri sebagai duta produk mereka. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement