Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Saya takkan saman Fatiya Latiff – Heliza Helmi


PETALING JAYA Selebriti Datin Seri Heliza Helmi tidak terkesan dengan dakwaan palsu yang dilemparkan aktres sensasi, Fatiya Latiff terhadap suaminya, Datuk Seri Mahadi Zaman berhubung kegagalan menyiapkan rumah wanita itu dalam tempoh ditetapkan.

Meskipun tidak mengetahui motif pelakon drama Ariana Rose itu, Heliza atau nama penuhnya Nur Heliza Helmi, 38, memilih untuk memahami kondisi kesihatan mental aktres berkenaan.

“Masa mereka buat ‘live’ , saya betul-betul tak tahu apa-apa, tapi bila ada orang ajukan video berkenaan, jujurnya saya faham.

“Saya tidaklah mengenali Fatiya secara rapat dan tapi bila dia keluarkan kenyataan macam itu, saya rasa satu Malaysia sudah faham keadaan dia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jadi tanpa perlu saya mengeluarkan apa-apa kenyataan sekalipun, orang akan faham dan pada saya mungkin ini adalah masa dia diuji dan apa yang diperlukan adalah doa dari seluruh mukmin,” katanya kepada HibGlam.

Ditanya sama ada bakal mengambil tindakan undang-undang atas fitnah tersebut, pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah enggan memeningkan kepala, sebaliknya memilih untuk memaafkan aktres terbabit.

Begitupun, jika perkara tersebut andainya berlarutan dan tidak berkesudahan, reaksi dan tindakan yang akan dilakukan bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu bakal berubah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya tidak rancang untuk mengambil tindakan undang-undang sebab apa yang diperkatakan adalah tidak betul sama sekali.

“Di pihak saya, saya yakin semua orang faham keadaan dan saya dan suami memaafkan perbuatannya itu.

“Saya rasa dia tidak perasan situasi ketika itu, mungkin dia khilaf tapi sekiranya perkara ini berlarutan, lain pula ceritanya kelak. Lagipun suami saya memang tidak mengenali dia,” katanya ketika ditemui di sidang media Nasi Lemak Kopi O, disini, hari ini.

Terdahulu, pelakon sensasi itu mendakwa suami kepada Heliza iaitu, Datuk Seri Mahadi Zaman sebagai penipu apabila syarikat milik lelaki berkenaan gagal menyiapkan rumah yang dibelinya sejak lima tahun lalu.

Malah, aktres itu mendakwa dia perlu membayar ansuran bulanan sebanyak RM5,000 namun premis dijanjikan siap tahun lalu masih lagi tidak nampak bayang. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement