Hi, what are you looking for?

Mamak News

“Saya Tidak Akan Masuk UMNO”


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyatakan dengan tegas bahawa beliau tidak akan sama sekali menyertai UMNO, mahupun menubuhkan parti lain walaupun telah keluar daripada PAS.

Penjelasan berkait pemberhentian beliau sebagai ahli PAS dimaklumkan beliau menerusi sesi temubual di Bernama TV pada Rabu.

“Saya tidak akan masuk UMNO, selagi UMNO menjadi rakan dalam Muafakat Nasional (MN), saya boleh mesra selagi UMNO terus mengikut dasar dipersetujui MN, kekal bersama menjalankan budaya politik matang sejahtera,” ujar Mohd Khairuddin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohd Khairuddin walau bagaimanapun menafikan bahawa beliau meninggalkan atau keluar terus dari PAS, namun sebaliknya akan kembali semula kepada parti itu pada masa yang sesuai.

Beliau turut menegaskan bahawa beliau tidak akan mengajak ahli PAS lain untuk mengikut jejak beliau berhenti dari parti itu.

“Saya berhenti menjadi ahli ada tujuan dan matlamat tertentu yang mana saya akan mengukur keadaaan dari masa ke semasa, sehingga berjaya mengajak PAS membetulkan kepemimpinan parti dan parti menang dengan cara terbaik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tidak seorang pun ahli PAS termasuk di kawasan Parlimen saya yang diajak meninggalkan parti walaupun isteri saya sendiri,” jelas Mohd Khairuddin.

Dalam sesi temubual tersebut, Mohd Khairuddin turut ditanya sama ada beliau bertindak keluar kerana merajuk selepas digugurkan sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat parti, namun Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu menafikan dakwaan tersebut.

“Apa mereka nak cakap itu hak mereka, saya cuma mahu memberikan pesanan AJK (ahli jawatan kuasa) untuk buat yang terbaik dan jangan sia-sia kesempatan yang ada, gunakan mesyuarat dan muktamar akan datang untuk bawa cadangan dan betulkan parti bukannya bersikap menafikan atau ‘sindrom denial’ dan menyorok.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Biar kita malu sekarang, tetapi tujuan asal kita kekal menjadi untuk membawa Islam secara bersama dan berkongsi keluarga dalam pemerintahan, ” tambah beliau.

Sumber: Bernama TV

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SHAH ALAM – Peruntukan RM6.3 bilion diluluskan Kerajaan Persekutuan bagi pembangunan dan projek tebatan banjir di Selangor membuktikan...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima pengajaran berharga selepas tersingkir pada kempen Liga...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SEKITAR 25 tahun lalu, nyanyiannya menerusi lagu Sepohon Kayu bersama kumpulan nasyid popular, Saujana pernah mencipta fenomena. Malah,...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. IPOH – Seorang penghuni pusat pemulihan dadah di Padang Rengas maut dipercayai dipukul warden selepas dia dikatakan mengamuk...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications