Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Saya tidak pernah menangkan anak – Abby Abadi


PETALING JAYA – Selepas mengunci mulut berhubung kisah pernikahan senyap-senyap anaknya, Marissa Dania Hakim di Songkla, Thailand, pelakon Abby Abadi tampil menafikan kenyataan kononnya ada menyuruh pempengaruh media sosial itu bercerai seperti yang dilaporkan sejak semalam.

Menerusi hantaran yang dikongsikan dalam InstaStorynya, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan memaklumkan tidak pernah mengiyakan tentang perkahwinan kontroversi membabitkan anak keduanya dengan lelaki yang dikenali sebagai Aslam itu.

“Mana datang kenyataan ini? Saya tidak pernah mengiyakan tentang pernikahan (Marissa dan Aslam) di Thailand itu. Macam mana boleh kata saya suruh mereka bercerai pula?

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tanpa rasa bersalah, reka cerita tanpa kesahihan. Kerja tanpa etika atau macam mana?” tulisnya.

Kata bekas anggota kumpulan Elite itu lagi, dia turut menafikan tuduhan membela anaknya itu seperti yang dikatakan oleh segelintir pihak.

Malah sebagai ibu, Abby juga mengakui tidak pernah menangkan (berpihak) pada Marissa, selepas isu anaknya itu menjadi individu ketiga dalam rumah tangga orang lain hangat diperkatakan sejak tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Muktamad. Sebagai ibu, dari awal timbul isu ini saya tidak pernah bela dan menangkan anak saya. Kalau betul berlaku seperti yang digembar-gemburkan, Allah SWT sebaik-baik tempat mengadu dan semoga Allah melindungi anak-anak saya.

Dalam hantaran sama, pelakon yang pernah membintangi drama kepolisian, Gerak Khas itu turut meninggalkan pesan semua pihak agar berpada-pada dalam mengulas isu berkenaan.

“Sesiapa sahaja yang mengambil (menulis) isu ini sebagai konten, boleh terus menulis apa sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tapi ingat, semua akan dipertanggungjawabkan okey. Berpada-pada,” katanya.

Bahkan dia juga berkongsi peringatan kepada orang ramai tentang dosa membicarakan tentang aib orang lain (mengumpat) yang tidak akan diampunkan, melainkan mendapat maaf daripada orang yang telah dizalimi itu.

“Ingatlah, ada satu dosa yang tidak akan diampuni sekalipun kita taubat sejuta kali. Apakah itu? Iaitu tidak mendapatkan maaf dari orang yang telah kita zalimi, termasuk membicarakan aib orang lain (mengumpat),” kongsinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semalam wanita berusia 46 itu hanya menzahirkan satu luahan berbunyi ‘Lawan semua dengan doa’ tanpa merujuk kepada sebarang isu ketika semua pihak mengharapkan kenyataan daripadanya.

Sejak kelmarin, nama Marissa, 19, kembali menjadi bualan ramai apabila didakwa sudah bernikah dengan Aslam yang juga berstatus suami orang secara senyap-senyap di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.

Difahamkan, pernikahan tersebut berlangsung ketika isteri pertama Aslam iaitu Umisya Mazlan sedang menunaikan umrah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, pernikahan tersebut juga dikatakan berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa sendiri. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement