Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

“Saya Trauma Dan Takut,” Tertekan Sering ‘Didatangi’ Pegawai Kerajaan, Nelayan Mohon Disuntik Mati


Seorang nelayan di Indonesia dilaporkan telah meminta pihak berkuasa menyuntiknya sehingga mati.

Memetik laporan Kompas TV, warga emas yang tinggal di Desa Pusong, Kecamatan Banda Sakti, Aceh itu telah mengajukan permohonan suntikan maut kepada mahkamah daerah setempat dan ia telah pun didaftarkan.

Difahamkan, dia bertindak sedemikian kerana tertekan dengan dasar pemerintah Bandaraya Lhokseumawe yang memindahkan sangkar ternakan ikan di Takungan Pusong.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kalau pemerintah tidak peduli lagi mengenai kami, saya minta suntikan maut di depan walikota Lhokseumawe dan Muspika Banda Sakti,” katanya kepada Kompas TV.

Tambahnya lagi, pihak berkuasa di negara itu juga tidak lagi berpihak kepada nelayan sangkar yang sudah turun temurun bergantung kepada takungan untuk menampung keperluan keluarga.

Dia juga mengalami kesulitan ekonomi sejak pemerintah di situ mengumumkan air Takungan Pusong tercemar dengan sisa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya terpaksa menanggung beban menyara kehidupan isteri dan tiga anak serta dua cucu. Jika perniagaan ternakan ikan dipindahkan, apa akan jadi kepada kami. Jadi lebih saya dihukum mati,” ujarnya.

Orang ramai juga merasa takut untuk membeli ikan yang diusahakan oleh nelayan sangkar di kampung itu, membuatkan perniagaan mereka tidak berjalan lancar.

Nelayan itu juga berkata dia semakin tertekan dan takut apabila didatangi pegawai kerajaan yang memintanya mengosongkan segera kawasan penternakan sangkar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya sangat trauma kerana setiap hari ada pegawai yang datang. Kejadian ini mengingatkan saya kepada konflik lalu. Kami berharap pengusiran ini segera dibatalkan kerana ia bersangkut paut dengan rezeki kami,” katanya lagi.

Sumber: Kompas TV

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement