Hi, what are you looking for?

Mamak News

Sebarang Program Lawatan Ke Rumah Ibadat Bukan Islam Di Perak Perlu Rujuk MAIPk


Sebarang Program Lawatan Ke Rumah Ibadat Bukan Islam Di Perak Perlu Rujuk MAIPk – MB

LENGGONG, 18 Mac (Bernama) — Sebarang program membabitkan pelawaan kepada umat Islam melawat rumah ibadat bukan Islam di Perak perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata langkah itu perlu berikutan MAIPk merupakan pihak yang terlibat secara langsung dalam menentukan garis panduan berhubung perkara berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Di bawah jawatankuasa ini melibatkan ia perbincangan antara pengerusi MAIPk, menteri besar, setiausaha kerajaan negeri, mufti, penasihat undang-undang syariah dan sivil, bekas hakim mahkamah tinggi serta beberapa pihak lain.

“Apa jua keputusan dan arahan pekeliling yang dikeluarkan oleh jawatankuasa ini seharusnya dipatuhi kerana dibuat oleh orang-orang yang berilmu serta mempunyai kepakaran dalam agama Islam,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lenggong di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Perak akan mengikut langkah Selangor yang tidak membenarkan penganjuran sebarang program melibatkan umat Islam di rumah ibadah agama lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam perkembangan lain, Saarani yang merupakan Pengerusi UMNO Perak berkata pemilihan di peringkat sayap semua bahagian berjalan lancar selain tiada sebarang insiden yang dilaporkan mana-mana pihak.

“Semuanya berlangsung dengan baik meskipun ada beberapa bahagian terpaksa mengambil masa agak lama untuk selesaikan (pemilihan) kerana bilangan kehadiran anggota mesyuarat dan calon yang bertanding agak ramai,” katanya.

Selain itu, beliau berkata walaupun berlaku perubahan di beberapa sayap bahagian namun ia tidak menjejaskan keharmonian malah memperlihatkan amalan demokrasi itu terus subur di dalam kepimpinan parti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Lelaki Parah, Tulang Kaki Patah Riuk Diserang Jerung Ketika “Parasailing”

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Hannah Yeoh Jumpa Zii Jia Minggu Depan KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan...

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – Seramai 12,380 warga asing yang ditahan di depoh imigresen di seluruh negara telah dihantar pulang ke negara masing-masing tahun ini....

Mamak News

0 SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang meneliti pendekatan Pelaksanaan Sekolah Mo Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) atau Pelaksanaan Peroperasian Sekolah Mo Khas...

Mamak News

0 China Mula Buka Sempadan Kepada Kumpulan Pelancong Asing BEIJING, 31 Mac (Bernama-Sputnik) — China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications