Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Sedar salah sendiri, Amir Ahnaf mohon maaf


PUTRAJAYA – Pelakon Amir Ahnaf tampil memohon maaf susulan kekhilafannya melakukan babak panas dalam drama Syurga Itu Tidak Mudah yang meraih kecaman netizen.

Pemilik nama sebenar Muhammad Amir Ahnaf Mohd. Khairudin, 23, itu berkata, selepas ini dia akan lebih berhati-hati, sekali gus enggan lagi melakukan aksi yang menyentuh sensitiviti umum.

“Saya minta maaf kerana menyentuh sensitiviti penonton. Apa yang saya boleh katakan untuk naskhah seterusnya saya akan pilih yang terbaik dan lebih elok, Insya-Allah.

“Apabila isu terbabit tular, saya terima dengan seadanya sahaja, bahkan sejujurnya pada peringkat awal saya akui berat hati untuk lakonkan babak itu,” katanya selepas tayangan filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah, di sini, hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, dia hanya menyedari kewujudan babak yang disifatkan sesetengah pihak berunsur lucah serta jalan cerita drama berkenaan seminggu selepas menandatangi kontrak.

“Waktu saya terima tawaran tidak tahu lagu skrip bagaimana. Saya cuma terima skrip seminggu selepas menandatangani perjanjian dengan produksi.

“Selepas itu ada perubahan skrip termasuk ketika penggambaran berlangsung, bahkan draf jalan cerita juga berubah mengikut kesesuaian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya tahu tajuk, kesimpulan drama dan barisan pelakon, selain perlu melaksanakan adegan seperti di dalam skrip kerana semua sudah tertulis dalam kontrak.

“Sebagai orang baharu saya kena akur, enggan nanti dicop besar kepala,” ujarnya.

Sementara itu, mengenai respon keluarga, Amir menjawab ibu bapanya memberi keizininan dan menganggap itu sebahagian daripada kerjayanya.

“Saya dah tanya keluarga, mereka okey disebabkan memahami tuntutan kerja serta mengetahui itu semua cuma ‘cheat shot’ (teknik kamera).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Amir yang memegang watak Farid dilihat meminta isterinya, Aileen lakonan Anna Jobling pulang ke rumah kerana mendakwa dirinya sibuk bekerja.

Menerusi babak sama, penonton seterusnya dikejutkan dengan kemunculan seorang wanita lain yang dipaparkan berada di bawah meja.

Aktor terbabit kemudian mereka dilihat bangun dari kerusinya sebelum membetulkan seluar dengan wajah yang seolah-olah kepuasan. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement