Hi, what are you looking for?

Lifestyle

Seekor Babi Gemuk Terlepas Di Petronas, Kota Belud


Seekor babi terlepas bersiar di Kota, Belud

Seekor Babi Gemuk Terlepas Di Petronas, Kota Belud. Seperti diketahui umum, Petronas merupakan sebuah syarikat minyak untuk mengisi minyak kereta serta motorsikal dan bukanlah kediaman haiwan.

Baru-baru ini, satu rakaman video TikTok tular mengenai seekor babi gemuk ditemui terlepas dan berkeliaran di stesen minyak Kota Belud, Sabah.

Menerusi video berdurasi 0:19 saat itu, kelihatan babi tersebut berkeliaran seperti sedang mencari sesuatu di kawasan petronas. Ramai yang memerhati kejadian tersebut namun sukar untuk menghalaunya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Membuat warganet geli hati

Menurut sumber, individu yang merakam kejadian tersebut mengatakan seekor anjing dan seekor babi ada di depannya dan kedua-duanya haiwan yang haram (untuk umat Islam).

Kenyataan dari individu itu membuat orang geli hati kerana nada suaranya yang lucu sambil mengungkapkan ayat tersebut.

“Anjing pun ada, haram kedua-dua haiwan ini. Kenapa ada babi di petronas Kota Belud ini,” ujar individu tersebut dengan nada suara lawak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Babi pergi healing?

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata warganet mempersoalkan kenapa babi itu ‘bersiar-siar’ di sekitar Petronas dan berseloroh kononnya babi itu pergi ‘healing’ sendiri.

Bahkan, orang ramai turut  berdekah apabila mendengar nada suara lawak dari seorang lelaki yang merakam video berkenaan.

Sementara itu, menerusi rakaman video bahagian ke-2 yang dikongsikan di TikTok, haiwan berwarna pink tersebut telah ditangkap oleh bomba.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang penyanyi cacat penglihatan dari Indonesia menerima kejutan besar apabila berjaya meraih Golden Buzzer dalam rancangan America’s Got Talent (AGT), baru-baru ini....

Mamak News

0 SPM: Berkat Doa Guru, Ibu Bapa Raih 11A+, 1A SUNGAI PETANI, 8 Jun (Bernama) — Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 negeri...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew bantu ibu tunggal bertatu di sekitar Jakarta, Indonesia berikutan wanita berkenaan terpaksa menyara anaknya yang...

Mamak News

0 ISLAMABAD: Polis Pakistan secara rasmi menamakan bekas Perdana Menteri, Imran Khan sebagai bersubahat dalam satu kes pembunuhan berlaku Selasa lalu.   Imran, 70, didakwa...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications