Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Sejarah Hitam Pengagihan Kontrak Dan Tender Kerajaan


Pembongkaran kes penyelewengan jutaan ringgit yang melibatkan pengagihan kontrak dan tender pembinaan serta penyelenggaraan air oleh Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) pada 2016 telah mengejutkan negara.

Kes ini telah memperlihatkan rakyat Malaysia tentang kepincangan serta kelemahan dalam amalan, sistem dan tatacara kerja sesebuah organisasi kerajaan yang akhirnya merugikan wang rakyat.

Mungkin ramai yang sudah lupa bagaimana pembongkaran ini dapat dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melibatkan nilai rampasan ratusan juta ringgit dan antara yang terbesar pernah direkodkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi membantu orang ramai mengimbau kembali kenangan tersebut, ZaYed Zulfikli telah membuka semula fail forensik Ops Water ini melalui hantaran yang dibuat di Facebooknya berikut:

| Kampungmamakcom Jabatan Air Negeri Sabah jans

Fail Forensik Air Sabah (Ops Water)

Dahulu 2016-2017, heboh tentang serbuan SPRM wang berkepok-kepok dalam rumah/office di Jabatan Air Sabah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemula kes ini ialah whistleblower aduan dari orang awam.

Modus operandi, Pengarah Jabatan Air Sabah ini mengadakan pakatan dengan fictitious contractor yg dibelakangnya adalah mereka sendiri. Sebanyak 38 syarikat yang dimiliki oleh adik-beradik dan proksi (Pengarah dan Timbalan Pengarah). 60% dana untuk projek air Sabah disapu oleh mereka.

| Kampungmamakcom Jabatan Air Negeri Sabah jans

Titik Buta

Advertisement. Scroll to continue reading.

Titik buta dalam pengagihan dana projek air Sabah ini berlaku bila tiada koordinasi antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Segala dana disalurkan terus kepada jabatan ini dan dikira sebagai projek persekutuan dan bukan projek negeri. Jadi, Kerajaan Negeri tidak sedar akan segala perbelanjaan dalam projek air ini. Dalam fraud triangle, di sini wujud perceived opportunity yang akan mendedahkan kepada risiko etika. Tambah pula, Pengarah dan Timbalan Pengarah sangat maklum dengan blindspot yang disebut sebagai familiarity risk.

Yang keduanya, untuk mengelakkan projek ini naik ke atas untuk tujuan kelulusan, mereka memecahkan kontrak-kontrak ini kepada kontrak kecilan di mana tidak memerlukan kelulusan peringkat kementerian  atau tidak perlu melalui proses tender. Contohnya, kalau amaun 500k, dipecahkan kepada 5-6 kontrak menjadi nilai kontrak bawah 100k yang tidak perlu masuk ke proses tender.

Yang ketiga, macam mana mereka boleh terlepas audit selama 5 tahun. Takde siapa yang perasan. Segala perbelanjaan diletakkan kepada operasi jabatan, dan tidak pada perbelanjaan infrastruktur dan pembangunan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk memerangkap mereka-mereka ini bukanlah mudah. Kerana the whole department was corrupted. Hampir kesemua bersubahat. Tambahan pula operasi penyamaran dan menyusup masuk agak sukar. Contohnya, intipan untuk kontraktor-kontraktor sebab prosedur kontrak kecilan di Sabah meletakkan syarat mesti kontraktor orang Sabah. Penyamaran mengambil masa jugalah. Ops Water ini melibatkan 70 anggota SPRM.

Serbuan

Semasa serbuan dibuat, ditemui:

Advertisement. Scroll to continue reading.

– Wang bernilai RM53.7 juta dalam nilai Ringgit, Dolar Singapura, Pound British, Dolar Amerika dan Euro.

– 94 beg tangan berjenama Gucci, Fendi, Chanel, Hermes, Christian Dior, Burberry dan Louis Vuitton yang bernilai RM500,000.

– 9 buah kereta mewah dengan sebuah Range Rover, Ford Ranger, Mercedez Bens, Mazda, Lexus, Volvo dan dua buah BMW. Semuanya bernilai RM2.7 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

– Barang kemas dan jam tangan berjenama Patek Phillippe, Tag Heuer, Rolex, Cartier dan Guess.

– 127 geran tanah bernilai RM30 juta.

– 19.3kg emas bernilai RM3.64 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

– Selain itu, SPRM juga dilaporkan merampas RM3.3 juta wang tunai dari 7 peti deposit keselamatan dan lagi RM23 juta dari akaun bank. Bila dijumlahkan semua, SPRM berjaya merampas sebanyak RM183.84 juta nilai wang dan barangan dalam sehari.

| Kampungmamakcom Jabatan Air Negeri Sabah jans

Pengubahan Wang Haram

Kalau diteliti kes di atas, money laundering ada 3 proses:

Advertisement. Scroll to continue reading.

a) Placement

b) Layering

c) Integration

Advertisement. Scroll to continue reading.
  1. Ill gotten money ini selalunya dalam bentuk tunai. Kira bawah money laundering jugaklah. Kalau masuk institusi perbankan, sudah tentu ia akan raise alert dekat pihak bank untuk CTR dan STR sebab melibatkan wang yang besar. Jadi mereka menyimpan hard cold cash letak dalam cabinet, stash here and there. Placement ini sukar disimpan tetapi sukar dijejak. For all we know, mereka mungkin menanam sejumlah wang dekat mana-mana ladang.
  2. Peringkat layering, they bought too much asset with obvious value. Yang ini, memang akan menimbul redflags. Especially orang awam. It always started with the lowest hanging fruit. Contohnya, yang bersubahat kerani jabatan tetapi pakai barang mewah.
  3. Integration untuk legalize duit tu, mungkin berjaya sikitlah.

Tatacara perolehan kerajaan pun sudah pun ditambahbaik. Tapi tadbir urus masih lagi banyak ruang lompong yang boleh dimanipulasi. Ketua-ketua jabatan terutamanya bahagian perolehan tak boleh duduk lama, mestilah ada rotation shift. Ini pun belum tentu selamat juga.

BACA: Mewah Luar Biasa, Ketua Sindiket Kartel Projek Kerajaan Berdepan Penjara 483 Tahun

Sumber: Facebook ZaYed Zulfikli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Khabar duka buat kem badminton negara apabila dua jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong disahkan...

Sukan

0 PETALING JAYA – Pelumba cilik, Maleeq Dragster membuka kalendar musim 2024 dengan langkah kanan selepas menewaskan pencabar-pencabar antarabangsa untuk menjuarai Kejuaraan Run Bike...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Susulan dakwaan tidak komited dalam kerja sebagai duta dengan sebuah produk kecantikan dan kesihatan, pelakon Ruhainies bagaimanapun menegaskan tidak menandatangani sebarang...

Sukan

3s PETALING JAYA – Skuad hi lima sebelah (5s) lelaki negara menempa sejarah yang cukup manis di bumi Oman apabila layak ke pentas final...

Advertisement