Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Sekali Lagi Curi Tumpuan, Penyokong Jepun Dipuji Rajin Kutip Sampah Dalam Stadium


Sekali Lagi Curi Tumpuan, Penyokong Jepun Dipuji Rajin Kutip Sampah Dalam Stadium

QATAR — Usai perlawanan antara Jepun dan Jerman malam tadi, penyokong Jepun mencuri tumpuan ramai apabila mengutip sampah di sekitar kawasan tempat duduk di Stadium Antarabangsa Khalifa.

Memetik Daily Mail, penyokong negara matahari terbit itu dilihat membawa beg plastik  untuk mengutip sampah sebagai tanda hormat kepada ‘tuan rumah’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan sikap yang ditonjolkan itu, kebanyakan warganet terutama di Twitter dan Facebook memuji tindakan penyokong Jepun.

| KampungmamakcomGambar: Twitter @قنوات الكاس

“Buat pertama kali Jepun mengalahkan Jerman dalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan selepas ketinggalan 0-1. Budaya Jepun yang membersihkan sampah dan menghormati orang sangat hebat.

“Hidup bola sepak Asia,” kata seorang pengguna Twitter.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomGambar: Twitter @قنوات الكاس

Dalam perlawanan kumpulan E mempertemukan kedua-dua pasukan itu, skuad bola sepak Jepun mencipta kejutan apabila melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas Jerman.

| KampungmamakcomGambar: Twitter @قنوات الكاس

Terdahulu, tular penyokong negara itu membersihkan sampah selepas perlawanan antara tuan rumah menentang Ecuador. Apa yang menarik adalah ia tidak melibatkan perlawanan negara itu sewaktu perlawanan tersebut.

Dalam satu rakaman video yang dimuat naik oleh pempengaruh, Omar Al-Farooq dari Bahrain memaparkan mereka yang sedang memasukkan sampah ke dalam beg plastik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami orang Jepun dan kami tidak meninggalkan sampah selepas pergi kerana kami menghormati kawasan itu,” kata salah seorang penyokong Jepun.

رغم الفوز على ألمانيا.. جماهير اليابان لا تنسى تقاليدها بعد نهاية المباراة. #كأس_العالم #قطر2022 #Qatar2022 #FIFAWorldCup pic.twitter.com/l9o1BnrXRk

— قنوات الكاس (@alkasschannel) November 23, 2022

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Daily Mail


Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Sukan

3s PETALING JAYA: Penyerang skuad B-23 negara, Luqman Hakim Shamsudin tekad untuk berikan yang terbaik bersama kelab baharunya, Yohama SCC dengan menjaringkan banyak gol apabila...

Sukan

3s KUALA LUMPUR – Malang terus menimpa skuad terjun negara apabila Nur Dhabitah Sabri terus kempunan untuk melayakkan diri ke temasya Sukan Olimpik Paris...

Hiburan

3s HULU LANGAT  – “Anak anak trauma dan tak izinkan saya untuk berkahwin lagi.” Itu kata bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada...

Advertisement