Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

‘Sekarang aku tak bertudung, apa lagi kau nak buat’


PETALING JAYA – Tiada angin tiada ribut, pelakon Nonny Nadirah tiba-tiba meluahkan kemarahan terhadap seseorang yang didakwa tidak berhenti mengganggu kehidupannya sejak tiga tahun lalu sehingga ke hari ini.

Pemilik nama penuh Nonny Nadirah Zainuddin itu mendedahkan individu terbabit sering masuk campur urusan peribadinya, termasuk membabitkan pilihannya membuka tudung.

“Aku berubah kerana Allah, bertudung, solat. Macam-macam kau buat. Ujian mengalahkan ujian Tuhan.

“Tiga tahun aku diam. Sekarang dah tak bertudung, tiada amalan, apa lagi yang kau nak buat?

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sekatlah sampai mati, aku sudah tidak peduli, Syaitan!,” ujar Nonny menerusi satu hantaran dalam Instagram Story.

Dalam hantaran sama, pelakon berusia 34 tahun itu memilih untuk tidak memberikan justifikasi membuka tudung, selain mengeluarkan amaran keras kepada individu berkenaan agar tidak sesekali mempermainkan isu agama.

“Orang lain buka tudung, gembira siap melaram, aku tidak.

“Habis tu kau tanya kenapa aku buka tudung, kau nak aku jawab? Nanti kau cakap aku gila, baik aku diam.

“Kalian nak buat apa dengan aku buatlah, tapi bab agama Islam jangan main-main dengan aku,” katanya yang tidak mendedahkan individu dimaksudkan.

Pada masa sama, Nonny turut meluahkan kekesalan atas tindakan individu yang menghantar sihir kepadanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, dia pernah berkongsi keadaannya yang berdepan gangguan sihir daripada individu yang dikenalinya beberapa tahun lalu. – KOSMO! ONLINE.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement