Hi, what are you looking for?

Mamak News

Sekumpulan Pelajar Ditahan Dipercayai Bergaduh Tidak Puas Hati Dibaling Pemadam


Sekumpulan Pelajar Ditahan Dipercayai Bergaduh Tidak Puas Hati Dibaling Pemadam

JOHOR BAHRU, 25 Mei (Bernama) — Polis menahan sekumpulan pelajar tingkatan tiga kerana dipercayai terlibat dalam pergaduhan di hadapan sebuah sekolah menengah di kawasan Kempas, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh berkata pergaduhan yang berlaku pada 3.43 petang itu turut menyebabkan beberapa pelajar menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah, di sini kerana mengalami kecederaan luka di kepala serta lebam di kaki dan tangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Siasatan polis mendapati kejadian berlaku berpunca daripada rasa tidak puas hati seorang daripada pelajar yang telah dibaling pemadam pensil oleh rakan sekelasnya, dua hari sebelum pergaduhan.

“Susulan itu, pihak polis telah membuat beberapa tangkapan dalam kalangan pelajar yang dipercayai terlibat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA JUGA: Empat Pelajar Sekolah Ditahan Bergaduh Sebab Campak Duit Beli Minuman

Sehubungan itu, Balveer menasihati agar masyarakat tidak mensensasikan isu tersebut kerana ia boleh memberi implikasi kepada keharmonian berikutan siasatan masih berjalan.

“Polis menasihati masyarakat agar bersikap rasional dalam menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi dan janganlah melakukan perbuatan melulu sehingga boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semalam tular beberapa keping gambar pelajar sekolah dengan ada yang berlumuran darah di aplikasi WhatsApp yang mendakwa terdapat kejadian gaduh melibatkan sekumpulan pelajar sekolah di Kempas.

Sumber: BERNAMA

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Hiburan

0 PETALING JAYA – Penyanyi Iman Troye menghadiahkan wang tunai RM300 kepada pelajar yang mencapai peningkatan dalam apa sahaja mata pelajaran bagi keputusan Sijil...

Mamak News

0 KUALA NERUS – Seorang mekanik maut setelah kereta Perodua Kancil dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah jengkaut di Kampung Buluh Gading di sini, hari...

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang penyanyi cacat penglihatan dari Indonesia menerima kejutan besar apabila berjaya meraih Golden Buzzer dalam rancangan America’s Got Talent (AGT), baru-baru ini....

Mamak News

0 SPM: Berkat Doa Guru, Ibu Bapa Raih 11A+, 1A SUNGAI PETANI, 8 Jun (Bernama) — Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 negeri...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications