Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Selamat dikebumikan, mendung latari perjalanan terakhir Tia Jinbara


KLANG – Suasana mendung melatari perjalanan terakhir penyanyi, Shamsul Bakhtiar Zakaria atau Tia yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Raja pada pukul 10.03 pagi tadi.

Kira-kira 200 rakan seperjuangan dalam industri muzik hadir memberi penghormatan kepada bekas vokalis Jinbara itu termasuk Liza Hanim, Lan Solo, Ali XPDC, Ameng, Baggio Damasutra serta bekas vokalis Jinbara, Yabang.

Sebelum itu urusan memandikan dan solat jenazah disempurnakan di Masjid Kota Raja, di sini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berita pemergian Tia disahkan isterinya, Suzan Ahmad, 48, merangkap pengurus yang memaklumkan arwah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam pada pukul 9.17 malam tadi.

Suzan berkata, dia sekeluarga reda selain bersyukur urusan mandi jenazah dan pengebumian suaminya berjalan lancar.

“Alhamdulillah, semuanya lancar hari ini dengan bantuan kariah di sini. Allah lebih sayangkannya,” katanya ringkas kepada Kosmo! Online.

AllayarhamTia, 53, disahkan menghidap kanser hati selepas menjalani beberapa ujian termasuk imbasan sinar-X, kolonoskopi dan terakhir, CT Scan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum itu dia dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas mengadu mengalami sakit perut kronik serta sesak nafas.

Kelmarin, Suzan yang juga bekas wartawan hiburan membuka tabung dana bagi membolehkan Allahyarham menjalani pembedahan pemindahan hati di Hospital Medanta, New Delhi, India.

Ini susulan keadaan hatinya yang tidak boleh dirawat, sebaliknya perlu menjalani prosedur transplan yang perlu dilakukan di India dengan kadar segera.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Begitupun, hasrat mendermakan sebahagian hatinya kepada suami tidak kesampaian apabila arwah menghembuskan nafas terakhir genap seminggu disahkan menghidap barah.

Tia yang juga komposer dan penulis lirik menyertai kumpulan Jinbara pada 2007 menggantikan vokalis asal iaitu Yabang.

Gabungan itu menyaksikan mereka menyerlah dengan lagu Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) dan kali terakhir Jinbara menghasilkan album penuh adalah menerusi Interpritasi Metal pada 2012.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seleksi popular lain mereka adalah Patri, Cinta Semalam serta lagu lama, Zakiah Zakiah yang dibawakan semula bersama Ahli Fiqir.

Terdahulu, sebelum menyertai Jinbara Allahyarham bergelar vokalis kumpulan Platinum sekitar 2003 yang popular dengan lagu Kiasan Andrea.

Pada 2014 Tia menyertai Gegar Vaganza musim empat bersaing dengan Datuk Aishah, Liza Hanim, Hazami, Aqasha, Firman, Haida, Ferhad, Elyana, Syura, Raja Azura dan Lan Solo.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tia mendirikan rumahtangga dengan Suzan 14 tahun lalu, namun tidak dikurniakan cahaya mata. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 TOKYO: Sebuah kilang pembuatan Jepun mendapat perhatian warga net baru-baru ini kerana mengeluarkan produk tukul berbentuk seperti pisang sebenar. Kilang besi Ikeda yang...

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Selepas jadi bapa, rasa muda semula (ketawa). Demikian respons rawak hero Malaya, Remy Ishak apabila disuakan pertanyaan bagaimana perasaan selepas...

Sukan

0 MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap ‘perang’ yang tercetus antara Pesuruhjaya Sukan, Suhardi Alias dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak berterusan sepanjang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications