Jangan biarkan bayi tidur dalam keadaan terlalu sejuk! Suhu yang terlalu sejuk boleh buatkan bayi jatuh sakit.
Selain itu, pastikan suhu adalah di antara 23°C – 25°C. Jika bayi memakai banyak lapisan baju dan juga berbedung, anda boleh sesuaikan suhu mengikut keselesaan bayi.
Jangan letakkan katil anak anda betul-betul di bawah penyaman udara. Lebih-lebih lagi jika air conditioner anda sudah lama tidak diservis.
Kadangkala, kuman boleh membiak di dalam penapis pendingin hawa anda. Jika ini berlaku, bilik anda boleh dicemari dengan udara yang tidak bersih!
Oleh itu, selalulah servis pendingin hawa anda supaya ia tidak menjadi medan pembiakan bakteria dan fungi.
Selain itu, elakkan bilik anda daripada dipenuhi debu dan habuk yang berbahaya kepada bayi. Cuba bersihkan penapis pendingin hawa anda secara manual sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
Tetapi, untuk pembersihan yang lebih berkualiti, pastikan anda panggil seseorang yang pakar ya! Pembersihan secara profesional boleh dijalankan sekali dalam masa 6 bulan.
Anda juga boleh bergilir-gilir menggunakan kipas dan juga pendingin hawa. Cara ini bukan sahaja lebih menjimatkan, malah penggunaan kipas angin dapat melancarkan pengudaraan di dalam bilik.
Selain itu, anda juga boleh buka tingkap sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk memastikan pengaliran udara yang lebih baik dalam rumah anda.
Udara yang terperangkap terlalu lama di dalam bilik boleh menjejaskan kesihatan anda dan juga bayi. Sebab itulah anda harus pastikan udara dalam bilik adalah bersih supaya bayi anda lebih sihat dan selesa.
Bantu bayi tidur dengan lebih lena
Pasti para ibu dapat menarik nafas lega jika anak mereka boleh tidur dengan lena.
Salah satu cara untuk memastikan bayi dapat tidur dengan baik adalah dengan memastikan suhu berada dalam keadaan yang sesuai untuk mereka.
Jika bayi tidak selesa, pasti tidur mereka pun akan terganggu. Jika terlalu sejuk, bayi akan meragam. Samalah juga jika suhu terlalu panas, anak anda mungkin akan menangis tanda tidak selesa.
