Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Selamat tinggal Kelantan FC


KUALA LUMPUR – Jenama Kelantan FC dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) kini hanya tinggal sejarah apabila Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menolak rayuan yang dikemukakan kelab itu.

Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL, Mohamad Yasin Abdullah, berkata penolakan itu dibuat selaras dengan Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023.

“Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL telah bermesyuarat semalam dan membuat keputusan bahawa rayuan kelab Liga Super Kelantan FC untuk memohon Lesen Kebangsaan bagi musim 2024-2025 adalah ditolak selaras dengan Artikel 3.4.4 yang termaktub di dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.
| Kampungmamakcom
KEPUTUSAN dibuat Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL adalah selaras dengan Artikel 344 yang termaktub di dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023

“Keputusan itu diumumkan kepada pasukan hari ini melalui pemakluman rasmi sekaligus menyaksikan Kelantan FC tidak layak untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim 2024-2025,” katanya.

The Red Warriors sebelum ini mengemukakan rayuan berikutan keputusan First Instance Body (FIB) yang telah menolak permohonan Lesen Kebangsaan bagi kitaran 2023 pada 1 Januari 2024.

Musim lalu penampilan kelab Pantai Timur itu di Liga M sering dibayangi pelbagai isu khususnya membabitkan hal tunggakan gaji.

Sebagai rekod, 10 pasukan diberikan lesen kebangsaan musim depan oleh FIB iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Perak FC, Sri Pahang FC, Selangor FC, Terengganu FC, Penang FC, Kuching City FC, Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Negeri Sembilan FC dan PDRM FC.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tiga lagi pasukan diberikan lesen kebangsaan namun dikenakan denda RM20,000 atas kesalahan dalam menyediakan notis deklarasi kepada FIB iaitu KL City FC, Sabah FC dan Kelantan United.

Lesen kebangsaan hanya sah bagi saingan 2024/25 dimana pasukan bertanding perlu mematuhi enam kriteria utama iaitu sukan, infrastruktur, kakitangan dan pentadbiran, perundangan, kewangan serta perniagaan seperti dinyatakan Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement