Hi, what are you looking for?

Sukan

Selamat Tinggal Tokyo 2020, Jumpa Di Paris 2024


TOKYO, 8 Ogos (Bernama) — Selepas lebih dari dua minggu mengikuti aksi sukan yang menakjubkan, temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 berakhir dengan kawah api kejohanan di Stadium Olimpik dipadamkan di sini malam ini, dan Tokyo menyerahkan baton kepada tuan rumah Olimpik 2024, Paris.

Berlangsung dalam suasana normal baharu, dengan banyak kekangan dan prosedur ketat di tengah-tengah pandemik COVID-19 yang memaksa temasya sukan antarabangsa itu ditangguhkan selama setahun, Olimpik Tokyo melabuhkan tirainya selepas upacara penutupannya berlangsung dalam stadium tanpa penonton.

Tokyo 2020 Olympics – The Tokyo 2020 Olympics Closing Ceremony – Olympic Stadium, Tokyo, Japan – August 8, 2021. General view inside the stadium during the closing ceremony REUTERS/Toby Melville

Malah bilangan atlet yang hadir pada upacara itu lebih rendah daripada temasya-temasya  Olimpik sebelumnya kerana atlet perlu meninggalkan Jepun 48 jam selepas acara mereka tamat yang merupakan sebahagian daripada protokol untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

Tokyo sendiri dikenakan perintah darurat berikutan penularan virus itu dan tiada penonton dibenarkan di hampir semua venue dalam temasya sukan kali ini yang disertai lebih 10,000 atlet mewakili 206 pasukan, termasuk satu Pasukan Olimpik Pelarian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Olimpik Tokyo juga menyaksikan 24 rekod dunia dipecahkan dengan acara renang dan berdayung masing-masing mencipta enam rekod baharu.

Perenang Australia Emma McKeon muncul sebagai pemenang pingat terbanyak dengan mengumpul tujuh pingat sementara perenang Amerika Syarikat  Caeleb Dressel dari Amerika Syarikat adalah pemenang emas terbanyak dengan lima pingat.

Tokyo 2020 Olympics – Skateboarding – Women’s Street – Final – Ariake Urban Sports Park – Tokyo, Japan – July 26, 2021. Gold medalist Momiji Nishiya of Japan celebrates. REUTERS/Lucy Nicholson TPX IMAGES OF THE DAY

Atlet tuan rumah, Momiji Nishiya yang menjuarai acara papan selaju jalanan wanita pada usia 13 tahun dan 330 hari menerima penghormatan sebagai pemenang pingat emas termuda di Olimpik Tokyo dan peserta kedua termuda dalam sejarah Olimpik selepas penerjun Amerika Syarikat Marjorie Gestring (13 tahun dan 267 hari) pada Sukan Olimpik Berlin 1936.

Olimpik Tokyo juga menyaksikan sifar kes doping dalam pertandingan dengan sejumlah atlet digantung buat sementara waktu dan tidak dibenarkan menyertai Olimpik selepas menjalani ujian saringan prapertandingan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Upacara penutup dimulai dengan perbarisan atlet masuk ke dalam stadium diikuti dengan persembahan kebudayaan, muzik dan bunga api.

Jaguh terjun negara Pandelela Rinong mengarak bendera kebangsaan, Jalur Gemilang ketika memasuki stadium sementara semua atlet memasuki stadium dari empat pintu masuk dengan mengibarkan bendera mini negara masing-masing sambil menari dan melompat yang mewujudkan sedikit suasana santai pada upacara itu.

Selepas persembahan kebudayaan, tarian dan nyanyian , tibalah masanya untuk  Gabenor Tokyo Koike Yuriko menyerahkan bendera Olimpik kepada Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Thomas Bach yang kemudiannya menyerahkan bendera itu kepada Datuk Bandar Paris Anne Hidalgo.

Tuan rumah seterusnya, Perancis mempamerkan satu pratonton untuk apa yang bakal disajikan pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Ribuan manusia dilihat berkumpul berhampiran Menara Eiffel dan bersuka-ria selepas upacara penyerahan tuan rumah itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Paris kemudiannya menghiburkan mereka di Tokyo dengan persembahan muzik dan pertunjukan udara secara strim langsung.

Temasya sukan antarabangsa itu kembali ke Perancis selepas 100 tahun. Paris pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada 1900 dan 1924.

Sebaik sahaja, Bach mengisytiharkan Sukan Olimpik Ke-32 itu secara rasminya berakhir, pancaran berwarna-warni bunga api menerangi langit Tokyo.

Ibu negara Jepun itu akan menjadi tuan rumah kepada temasya sukan Paralimpik mulai 24 Ogos sehingga 5 Sept.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Amerika Syarikat mengungguli Olimpik kali ini dengan mengumpul 39 emas, 41 perak dan 33 gangsa diikuti China  (38-32-18), Jepun (27-14-17) dan Great Britain  (22-21-22).

Malaysia yang memperoleh sebutir perak menerusi pelumba berbasikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam acara keirin lelaki dan satu gangsa menerusi beregu badminton lelaki   Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mengakhiri kempen Olimpik Tokyo di kedudukan ke-74.

Malaysia diwakili 30 atlet dalam Sukan Olimpik Tokyo.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Bersangka baik pada bulan puasa, tiada istilah terpaksa dalam diri saya.” Demikian respons ibu kepada penyampai radio dan pelawak, Shuib...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa buah negeri sehingga pukul 6...

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang lelaki dari wilayah Soppeng di Sulawesi Selatan ditahan polis selepas bertindak kejam membunuh bapa tirinya yang sedang tidur dengan menggunakan sebatang...

Mamak News

0 Batal Atau Tak Kunyah Gula-Gula Getah Ketika Berpuasa? Ini Jawapan Mufti Di bulan Ramadan ini, pasti ramai diantara kita yang mempunyai masalah nafas...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications