Hi, what are you looking for?

Mamak News

Selamatkan Adik Dalam Kebakaran, Muhammad Danish Rayqal Dianugerah Pingat Hang Tuah


KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) — Pelajar tahun dua Sekolah Kebangsaan Taman Kampung Melayu di Kluang, Johor, Muhammad Danish Rayqal Mohd Firdaus yang menyelamatkan dua adiknya dalam insiden kebakaran pada 29 Jun lepas dianugerahkan Pingat Hang Tuah.

Anugerah itu disampaikan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan Tahun 2022 anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini hari ini.

Penganugerahan itu bagi mengiktiraf kanak-kanak yang menunjukkan keberanian dalam membantu menyelamatkan nyawa manusia, harta benda atau tindakan dengan elemen keberanian dan luar biasa sewaktu kecemasan, bencana, kemalangan atau darurat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut JKM, Muhammad Danish Rayqal menyelamatkan dua adiknya iaitu Muhamad Darish Rizqe, 6, dan Nurdiya Delisha, 4, dengan mengendong mereka ke ruang dapur rumah sambil meminta tolong.

Tiga kanak-kanak itu kemudian berjaya diselamatkan jiran mereka.

Muhammad Danish Rayqal ketika ditemui berkata dia tidak ingat sepenuhnya kejadian itu namun gembira kerana berjaya menyelamatkan adik-adiknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tak tahu nak buat apa-apa (ketika kejadian) tetapi pergi ke belakang (rumah) minta tolong orang… jiran tolong,” katanya yang gembira menerima anugerah itu.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Mamak News

0 SINGAPURA: Seorang wanita yang sudah berkahwin dan menjalin hubungan sulit dengan rakan kongsi perniagaannya memasang kamera video mini di tandasnya supaya lelaki itu...

Sukan

0 PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) mengakui tidak sabar untuk menguji rumah baharu Selangor FC di Kompleks Sukan Shah Alam yang dijangka siap sepenuhnya...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Bekas isteri Datuk S.M Faisal S.M Nasimuddin, Emilia Hanafi memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini sejak menjadi ibu tunggal,...

Hiburan

0 PUTRAJAYA –  Terkesan nasib menimpa mangsa keganasan rumah tangga, Jahidah Nordin, 44, penyanyi dan usahawan, Sufian Suhaimi, 31, tampil menghulurkan bantuan berbentuk wang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications