Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Selangor FC sambar bintang skuad Piala Asia 2023


PETALING JAYA – Selangor FC memulakan langkah untuk memantapkan pasukan pada musim baharu Liga Malaysia apabila mengesahkan kehadiran pemain import kelahiran Uzbekistan, Umar Eshmurodov hari ini.

Menurut laman bola sepak terkemuka, Transfrmarket, nilai pasaran semasa Eshmurodov adalah sebanyak €700,000 (RM3.6 juta) sekali gus menjadikan pemain berusia 32 tahun itu antara yang termahal dalam skuad Gergasi Merah musim ini.

Eshmurodov yang mewakili skuad kebangsaan Uzbekistan pada kempen Piala Asia 2023 kali ini akan mengisi kuota import Merah Kuning selaku pemain bertaraf Asia pada musim depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selangor FC sebelum ini enam pemain pada musim lalu telah dilepaskan seperti kapten, Brendan Gan, penjaring terbanyak, Ayron del Valle selain Yazan Al-Arab, Richmond Boakye, Rauf Salifu dan Zahril Zabri.

Skuad Selangor yang dikendalikan oleh Tan Cheng Hoe yang meraih status naib juara Liga Super musim lepas akan beraksi pada kempen Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) pada tahun ini. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement