Hi, what are you looking for?

Tempatan

Selangor Kekal SOP, Solat Berjarak Di Masjid Dan Surau


SHAH ALAM – Kerajaan Selangor masih tetap dengan pendirian untuk mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketika solat berjemaah iaitu solat berjarak seperti yang ditetapkan sebelum ini.

Menurut Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, ketetapan itu dibuat oleh pihak autoriti agama terutama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dinasihatkan oleh pelbagai pihak berkepentingan.

Namun begitu, makluman berkaitan tentang ketetapan baharu berkenaan SOP solat akan diberitahu kelak jika terdapat sebarang perubahan mengenainya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ini (solat berjarak) adalah ketetapan yang dibuat oleh pihak autoriti agama terutama Sultan Sharafuddin yang dinasihatkan oleh pihak berkepentingan termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Mufti, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan lain-lain. Setakat ini, tidak ada perubahan dari segi pelaksanaan dan masih kekal aturan semasa. Jika terdapat ketetapan baharu, kami akan maklumkan,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Pada Khamis lepas, sebuah portal berita melaporkan negeri Perlis sudah mula merapatkan saf solat di semua masjid negeri tersebut bermula Sabtu.

Berdasarkan laporan tersebut, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah bahawa keputusan berkenaan telahpun mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail setelah meneliti perkembangan semasa Covid-19 di negeri tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Pendatang Dari Australia, Penyelidik Jelaskan Fakta Menarik P Akasia Selalu nampak p ini di tepi jalan tetapi tidak tahu nama, p yang tumbuh...

Mamak News

0 Petinju Muay Thai Malaysia Tumbangkan Lawan Dalam Tempoh 36 Saat BANGKOK, 10 Dis (Bernama) — Petinju muay thai negara Johan Ghazali mendominasi lawannya dalam...

Lifestyle

0 Lagi menu sarapan ‘lejen’ di Kuching Legend Di Kuching, Mi Jawa Rabak Ini Jadi Menu ‘Breakfast’ Kegemaran Penduduk Tempatan. Hari ini, kami akan...

Mamak News

0 Anjing Sakit Gusi, Punca Kejadian Tayar Pancit Di Itali Sejak bulan Julai yang lalu, penduduk di pekan Vastogirardi, Itali mengalami masalah tayar pancit...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications