Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom Selangor Kl Putrajaya Kini Fasa 2 Dibenar Rentas Daerah

Mamak News

Selangor, KL & Putrajaya Memasuki Fasa 2, Boleh Rentas Daerah


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 10 September ini — dibenar rentas daerah.

Menurut Perdana Menteri, keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian risiko semasa yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Antara kelonggaran yang diberikan kepada individu lengkap dua dos vaksin iaitu rentas daerah, pasangan suami isteri jarak jauh dibenarkan merentas negeri, ibu bapa dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa anak mereka berusia di bawah 18 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut dibenarkan, aktiviti pelancongan dalam negeri yang melibatkan penginapan di hotel dan homestay bagi individu yang lengkap dua dos vaksin.

| Kampungmamakcom Pilihan Hotel Di Selangor Selepas Dibenar Rentas Daerah
<a class=thirstylink rel=nofollow target= blank title=Hotel href=httpskampungmamakcomgohotel data shortcode=true>HOTEL MENARIK DI SEKITAR LEMBAH KLANG<a>

Aktiviti sukan, riadah dan rekreasi turut dibenarkan, ini termasuk aktiviti sukan indoor, kecuali gimnasium, bagi mereka yang telah lengkap dua dos vaksin.

Manakala bagi fasiliti sukan dan rekreasi komersil tertutup (indoor) kini dibenarkan untuk beroperasi dengan kawal selia hanya kepada individu yang telah lengkap divaksin. Penggunaan fasiliti perlu dilakukan secara janji temu berserta pematuhan SOP.

| Kampungmamakcom Dine in Di Selangor
<a href=httpswwwinstagramcombbqlambklkemensah target= blank rel=noreferrer noopener>BBQ LAMB KL KEMENSAH<a>

Sama seperti negeri-negeri yang telah memasuki Fasa 2 sebelum ini, aktiviti Dine-in juga dibenarkan di premis makanan, dan sudah tentu hanya dibenarkan untuk pelanggan yang telah lengkap dua dos vaksin sahaja.

BACA: Langkawi Dibuka Untuk Pelancongan Bermula 16 September

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement