Sejak mulai wabak COVID-19 menyerang dunia pada akhir tahun 2019, wabak ini seolah tidak menemui jalan putus sehingga kini. Kemunculan wabak ini telah membuatkan lebih 200 juta individu disahkan positif manakala 4.29 juta kematian telah direkodkan.
Terbaharu, selepas kehadiran varian Delta dan Delta Plus, dilaporkan sebuah lagi varian baharu dikenali sebagai Lambda disahkan ditemui di Amerika Syarikat, Peru dan Jepun baru-baru ini.
Kenyataan ini turut disahkan oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Facebook beliau yang memaklumkan varian ini lebih mudah berjangkit serta lebih kuat dalam melawan imuniti individu yang sudah divaksin.
Virus ini disahkan sebagai varian ‘lambda’ dalam analisis oleh National Institute of Infectious Diseases.
Menurut institut tersebut, varian lambda pertama kali dikesan di Peru pada bulan Ogos tahun lalu dan telah menyebar di Amerika Selatan.
Berbanding dengan ketegangan konvensional, variannya mungkin lebih menular dan mempunyai ketahanan yang lebih kuat terhadap vaksin, tetapi perinciannya tidak diketahui, kata Institut tersebut.
Kes ini mulai dikesan di Jepun pada seorang wanita di lapangan terbang Haneda yang baru sahaja tiba pada Peru pada 20 Julai lalu. Wanita berkenaan walau bagaimanapun tidak mengalami sebarang simptom pada ketika itu.
Difahamkan Peru muncul sebagai negara terawal yang hadir dengan varian Lambda pada Disember lalu sebelum mulai tersebar ke Amerika Syarikat dan Jepun.
