Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Semoga bahagia milikmu Puteri Sarah – Patimah Ismail


PETALING JAYA – Isteri kepada pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail tidak pernah berhenti mendoakan menantunya, Puteri Sarah Liyana meskipun sudah enam bulan disahkan bercerai dengan Syamsul Yusof.

Menurut Patimah ringkas dalam Instagram, dia sentiasa berharap Puteri Sarah, 38, mendapat kebahagiaan yang diingini satu hari nanti.

“Semoga kebahagiaan milikmu,” katanya dalam satu hantaran Instagram yang turut memuat naik foto Puteri Sarah.

Dalam ruangan komen pula, netizen terus memuji sikap Patimah yang tidak pernah menganggap Puteri Sarah sebagai ‘orang luar’ walaupun sudah berpisah dengan anaknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Terbaik Datin, terus berikan contoh terbaik kepada orang di luar sana untuk menjadi inspirasi ibu bapa terbaik kepada anak dan menantu.

“Beruntung Puteri Sarah dapat mentua begini, tidak terlepas walau sekali nama disebut dalam doa,” komen netizen.

Sebelum ini, Patimah dan Yusof dipuji ramai sehingga dilabel sebagai mentua dari syurga kerana tidak pernah berhenti memberi sokongan kepada Puteri Sarah sepanjang konflik rumah tangganya yang berlarutan sejak awal tahun.

Terdahulu, rumah tangga antara Syamsul dan Puteri Sarah berakhir semalam apabila pasangan sensasi terbabit sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Sementara, Syamsul pula sebelum ini membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kaza sekitar Januari lalu di Thailand.

Kini, nama Puteri Sarah rancak digosipkan dengan aktor Indonesia, Andi Arsyil Rahman selepas kerap dilihat bersama bagi urusan bisnes. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement