Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Mamak News

‘Semoga hilang dahaga dan kenyang perutmu wahai anak’


PETALING JAYA – Satu rakaman video menunjukkan seorang kanak-kanak Palestin sedang minum susu dari puting seekor lembu bagi menghilangkan dahaganya mengundang rasa sedih golongan ibu.

Video sedih itu dikongsi seorang pengguna laman sosial yang menggunakan nama @madame.gebugebas di aplikasi TikTok.

Menerusi perkongsian itu, kanak-kanak polos tersebut gigih memicit satu persatu puting lembu untuk mencari puting yang bersusu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Semoga hilang dahaga dan kenyang perutmu wahai anak,” tulis sumber di dalam video.

Dilihat juga tindakan kanak-kanak tersebut menepuk-nepuk tangannya ketika meneguk susu lembu menerima reaksi daripada kalangan ibu di laman sosial.

“Cara dia tepuk tangan tu seolah-olah cara anak menepuk ibu bermain ketika menyusu. Ibu-ibu yang menyusukan anak saja faham perasaan anak ketika menyusukan badan,” luah inaalias.shop.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, kebanyakan ibu-ibu juga kelihatan ‘sedar’ selepas melihat rakam video klip ini.

@madame.gebugebas Masyaallah nak…semoga perut mu terisi dan kenyang dengan minuman itu. #israelcuak #israelkejam🇮🇱🇮🇱 #israelbangsat ♬ Atouna El Toufoule – Embun Senja

 

“Gembiranya dia dapat minum susu daripada lembu. Saya pula asyik nak marah-marah saja bila anak sendiri mahu susu. Terima kasih sedarkan saya,” kata seorang pengguna laman sosial.

“Sedihnya. Sebagai ibu yang menyusu, kenapalah saya selalu merungut penat menyusu. Bila tengok ni, syukurnya anak dapat susu daripada ibu sendiri sedangkan anak ini menyusu dari lembu,” luah Auwzain sebak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seorang lain pengguna turut berkata, lembu tersebut turut kelihatan tenang seolah-olah memberi ‘izin’ untuk anak itu menyusu.

Hantaran tersebut telah menerima 241,300 tanda suka di aplikasi tersebut. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement