Hi, what are you looking for?

Mamak News

Senarai SOP Terkini Bermula 1 April Diumumkan PM Sebentar Tadi


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Kerajaan telah mengambil kira pelbagai faktor utama, melakukan penilaian risiko serta telah mendapat pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dan telah meniliti syor daripada Menteri Kuartet bersetuju untuk peralihan fasa Covid-19 ke ‘Endemik’ di seluruh negara bermula 1 April 2022.

Menurut Perdana Menteri, fasa “Peralihan ke Endemik” ini juga merupakan fasa sementara sebelum negara beralih ke Fasa Endemik yang mana ia tertakluk kepada pengumuman yang hanya boleh dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Sehubungan dengan itu, kerajaan telah menyediakan beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang akan digunakan sepanjang fasa peralihan ‘Endemik’ ini bermula 1 April 2022.

Advertisement. Scroll to continue reading.

1. Pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam masih wajib dipatuhi oleh setiap individu.

2. Had waktu beroperasi bagi premis perniagaan dimansuhkan.

Justeru itu, pemilik premis dibolehkan melaksanakan waktu operasi premis masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis. Ini bermakna anda semua bolehlah makan di kedai makan selepas jam 12 tengah malam, terutamanya dengan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

3. Pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan dan hanya dikecualikan untuk kawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan orang ramai. Tambahan juga, MYSJTrace diwajibkan untuk tempat tertutup yang dipenuhi tetamu/pengunjung.

4. Aktiviti solat Jemaah di masjid/surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.

Walaubagaimanapun, pelaksanaan dan SOP akhir untuk masjid atau surau tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri dan untuk Rumah Ibadat Selain Islam tertakluk kepada Kementerian Perpaduan Malaysia/Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

Advertisement. Scroll to continue reading.

5. Keperluan vaksinasi:

  • Had kapasiti pekerja yang sebelum ini bergantung kepada
    liputan vaksinasi dimansuhkan.
  • Semua individu dibenarkan merentas negeri tanpa mengira
    status vaksinasi mereka.

6. Tiada lagi had kapasiti 50 peratus untuk aktiviti berkumpulan. Namun, penjarakan fizikal sangat penting dan masih digalakkan

7. Untuk rakyat yang ingin melancong ke luar negara/ pengembara luar yang ingin masuk ke Malaysia.

Bagi yang telah menerima vaksinasi lengkap, tiada keperluan untuk menjalani sebarang tempoh kuarantin dan hanya perlu melalui ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR dua hari sebelum berlepas serta ujian RTK-Ag (profesional) dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

8. MySJTrace diwajibkan di tempat tertutup.

9. Pemilik premis wajib pastikan sistem pengudaraan (vertilasi) yang baik di dalam premis.

10. Individu yang disyaki atau disahkan positif Covid-19 wajib mematuhi setiap garis panduan yang ditetapkan oleh KKM

Advertisement. Scroll to continue reading.

11. MyTravelPass akan dimansuhkan

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. WOKING – Pelumba pasukan McLaren, Daniel Ricciardo dilaporkan meminta pasukan itu membayar pampasan cukup tinggi sekiranya mereka berkeras...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. TALLAHASSEE: Beberapa sekutu rapat bekas Presiden Amerika Syarikat (AS),  Donald Trump berasa berang dan menuntut penjelasan segera berhubung...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LUMUT – Seorang lelaki warga emas ditahan pagi semalam selepas dikesan memandu kereta secara melawan arus di Lebuh...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BEIJING – Sejenis virus baharu digelar Langya dipercayai menjadi punca berpuluh-puluh penduduk China mengalami simptom seperti selesema dengan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications