Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Senegal tidak boleh terus selesa


YAMOUSSOUKRO, Ivory Coast – Senegal memulakan misi mempertahankan gelaran pada Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2023 dengan langkah kanan apabila me­nundukkan Gambia 3-0 pada aksi Kumpulan C di Stadium Charles Konan Banny malam kelmarin.

Skuad The Teranga ­Lions memastikan tiga mata menjadi milik mereka menerusi jaringan Pape Gueye serta dua gol Lamine Camara, selain bijak mengambil kesempatan selepas pemain lawan, Ebou Adams dilayangkan kad merah.

Jurulatih Senegal, Aliou Cisse berpuas hati dengan aksi ditampilkan barisan pemainnya memandangkan mereka turun dengan tekanan cukup tinggi apabila dilabelkan sebagai pasukan pilihan selaku juara bertahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya sangat gembira dan berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan semua pemain, terutamanya berdepan jangkaan tinggi selain perubahan cuaca. Secara keseluruhan kami bermain sangat baik.

“Saya tahu masih ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki, tetapi memulakan saingan dengan tiga mata merupakan satu perkara positif. Kami perlu terus bekerja keras untuk perlawanan seterusnya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberi kata-kata semangat kepada Gambia supaya tidak mudah patah semangat kerana menganggap mereka masih ada peluang untuk bangkit daripada kekalahan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Cabaran masih belum ber­akhir buat Gambia kerana ini perlawanan pertama. Mereka masih boleh memperbaiki keputusan ini, sama seperti Senegal ketika tewas pada aksi sulung Piala Dunia,” ujar Cisse. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement