Hi, what are you looking for?

Seorang Kanak-kanak Antara Tiga Mangsa Hilang, Dipercayai Hanyut Dibawa Arus Banjir

Mamak News

Seorang Kanak-kanak Antara Tiga Mangsa Hilang, Dipercayai Hanyut Dibawa Arus Banjir


Tiga termasuk seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang, dipercayai hanyut dibawa arus banjir di sungai berhampiran sebuah chalet. Kejadian dikatakan berlaku di Bentong, Pahang pagi tadi.

Menurut laporan Astro Awani, seramai 35 orang mangsa terkandas dalam insiden banjir lumpur di salah sebuah chalet di sana pada Sabtu. Sembilan daripada mangsa terdiri daripada kanak-kanak.

Seorang Kanak-Kanak Antara Tiga Mangsa Hilang, Dipercayai Hanyut Dibawa Arus Banjir

Sekitar jam 10.40 malam semalam, Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang menerima laporan berkait kejadian. Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands dan Gombak dengan bantuan dari Pasukan STORM Negeri Pahang diarahkan bergegas ke lokasi kejadian.

Seorang Kanak-Kanak Antara Tiga Mangsa Hilang, Dipercayai Hanyut Dibawa Arus Banjir
Seorang Kanak-Kanak Antara Tiga Mangsa Hilang, Dipercayai Hanyut Dibawa Arus Banjir

Pada jam 4.09 pagi tadi, pihak bomba berjaya menemui 32 orang termasuk lapan kanak-kanak berada dalam keadaan kesejukkan. Mangsa dikatakan tidak berani untuk berada di dalam chalet kerana bimbang akan ancaman arus sungai yang deras.

Kerja-kerja menyelamat dilaporkan tamat sekitar jam 8.30 pagi tadi, namun tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak gagal ditemui. Misi pencarian bakal diteruskan esok. Berita lanjut menyusul.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BernamaAstro Awani

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Mamak News

0 Polis Tahan Lelaki, Disyaki Suspek Kes Bunuh Penyanyi Rap, Tupac Shakur 27 Tahun Lepas Polis Amerika Syarikat menahan seorang lelaki di Las Vegas,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications