Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

Seorang Wanita Maut, Lima Lagi Kritikal Lepas Makan Sardin


Seorang wanita maut selepas makan sardine yang tidak diawet dengan sempurna

Seorang Wanita Maut, Lima Lagi Kritikal Lepas Makan Sardin. Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia akibat keracunan makanan selepas menikmati masakan ikan sardin di sebuah restoran mewah di Bordeaux.

Menurut sumber, selepas pulang daripada restoran tersebut bersama bapa dan suaminya, wanita berusia 32 tahun itu segera ke hospital kerana merasa tidak sihat setelah memakan ikan sardin itu.

Hospital kemudian mengesahkan bahawa wanita tersebut meninggal dunia, manakala bapa dan suaminya berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Advertisement. Scroll to continue reading.
Seorang Wanita Maut, Lima Lagi Kritikal Lepas Makan Sardin
Gambar sekadar hiasan Sumber <a rel=nofollow noopener target= blank href=httpswwwhmetrocommyglobaleropah2023091009625wanita maut lepas makan sardin>hm<a>

12 orang pelanggan keracunan makanan, serta lima kritikal

Bukan itu sahaja, seramai 12 orang pelanggan yang menikmati hidangan sardin di restoran berkenaan turut mengalami keracunan makanan.

Difahamkan, kesemua mereka telah dirawat di hospital dan lima daripada mereka berada dalam keadaan kritikal, malah memerlukan alat bantuan penafasan, iaitu ventilator.

Dalam pada itu, dipercayai mangsa maut itu telah diserang Botulisme, iaitu penyakit saraf serius berpunca dengan makanan yang tidak diawet dengan sempurna, memetik laporan.

Seorang Wanita Maut, Lima Lagi Kritikal Lepas Makan Sardin
Gambar hiasan Sumber google

Botulisme, boleh lumpuh otot dan ganggu penafasan boleh bawa maut

Untuk makluman, bakteria yang menjadi punca Botulisme itu boleh menyebabkan kelumpuhan otot untuk beberapa minggu, malah mampu menjejaskan otot penafasan sehingga boleh membawa maut.

Sementara itu, dilaporkan pihak berkuasa Perancis masih menjalankan pemeriksaan dan siasatan lanjut terhadap restoran tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Kebakaran Tahfiz: Pemuda Rayu Ke Mahkamah Persekutuan Terhadap Sabitan Bunuh PUTRAJAYA, 29 Sept (Bernama) — Seorang pemuda memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan atas sabitan...

Mamak News

0 KLANG – Seorang wanita yang juga penduduk Bagan Teo Chew, Pulau Ketam di sini, dilaporkan masih hilang dalam kebakaran tiga buah rumah di...

Lifestyle

0 Tiga bank lanjut pengecualian caj QR Duitnow Public Bank Tarik Balik Kenakan Caj Transaksi DuitNow QR, Lagi 2 Bank Lanjut Pengecualian Caj. Tiga...

Mamak News

0 SINGAPURA: Kesihatan mental di Singapura dilaporkan semakin serius, namun lebih ramai bersedia mendapatkan bantuan, menurut tinjauan Kementerian Kesihatan (MOH). Tinjauan Kesihatan Penduduk Kebangsaan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications