Pandemik yang melanda sejak tahun lepas meninggalkan luka mendalam bagi kanak-kanak di seluruh dunia akibat kehilangan ibu bapa mahupun penjaga mereka akibat dijangkiti virus Covid-19.
Fakta menyedihkan apabila seramai 1,517 pelajar di seluruh negara disahkan menjadi anak yatim atau yatim piatu akibat kematian salah seorang ibu bapa atau kedua-duanya sekali akibat virus Covid-19.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, angka direkodkan antara Mac tahun lalu sehingga Ogos itu disifatkan amat mendukacitakan dan perlu diambil langkah pembelaan sewajarnya.

“Walaupun angka ini dianggap kecil berbanding lima juta pelajar di seluruh negara ketika ini namun isu kebajikan semua anak-anak mangsa Covid-19 ini tetap diambil perhatian serius.
“KPM melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta pihak pengurusan sekolah sentiasa peka terhadap nasib pelajar yang kehilangan ibu bapa ini,” katanya.
BACA: Isteri Menyusul Sehari Selepas Pemergian Suami, Anak 2 Tahun Yatim Piatu Sekelip Mata
Menurutnya, KPM turut menubuhkan pasukan khas iaitu Kebajikan Murid Guru di peringkat kementerian bagi memastikan tindakan dan bantuan segera disalurkan kepada golongan terbabit.
“Pelbagai bantuan akan disalurkan dengan segera antaranya bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin dan bantuan bekalan makanan di bawah Rancangan Makanan Tambahan bagi mereka yang layak serta penempatan pelajar ke asrama di bawah kelolaan KPM,” katanya.

KESAN PANDEMIK COVID-19 TERHADAP KANAK-KANAK
Akibat penularan Covid-19 yang masih tidak terkawal di seluruh dunia, bukan sahaja kanak-kanak terdedah dengan Covid-19, malah ia juga turut memberi impak terhadap krisis dari segi pendidikan, kesihatan, dan keselamatan mereka.
Kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa kerana Covid-19 berisiko mengalami kesan buruk jangka pendek dan panjang seperti peningkatan risiko terhadap kesihatan, risiko penderaan fizikal dan juga seksual.
Diperkatakan lebih dari 1.5 juta kanak-kanak di seluruh dunia kehilangan ibu bapa, penjaga, datuk nenek, dan saudara terdekat mereka akibat virus Covid-19. Anggaran angka ini diperolehi dari hasil semakan pasukan bertindak Covid-19 yang dikeluarkan oleh The Lancet.
Sumber: Harian Metro & Liputan6
RM13.01
