Hi, what are you looking for?

Mamak News

Serangan Dan Ancaman Keganasan Terhadap Golongan LGBTQ Naik Mendadak


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Dilaporkan untuk sepanjang tahun 2022, ancaman dan keganasan ke atas puak lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) di seluruh Amerika Syarikat melonjak dengan ketara.

Demikian menurut satu kajian menyeluruh ke atas aktiviti anti gay susulan insiden amukan senjata api di sebuah kelab malam LGBTQ di Colorado, minggu lalu.

Menurut GLAAD yang merupakan antara kumpulan penyokong utama LGBTQ, untuk tahun 2022 sahaja sekurang-kurangnya 124 kes terjadi di 47 negeri di mana aktiviti anti gay atau ancaman serius terhadap golongan tersebut berlaku.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Texas menyaksikan paling banyak jumlah ancaman dan protes anti gay tahun ini dengan 10 insiden telah direkodkan di negeri berkenaan.

Ini diikuti dengan Carolina Utara berada di tempat kedua dengan 9 insiden, Illinois (8), California (6), Tennessee (6) dan Georgia (5).

Protes dan keganasan kebanyakannya berlaku semasa perarakan yang dinamakan Pride pada musim panas dan musim luruh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bulan Jun lalu, pengasas sebuah kumpulan Neo-Nazi dan dua lagi lelaki lain telah ditangkap di Boston semasa melakukan bantahan terhadap satu acara mempromosikan budaya songsang kepada kanak-kanak.

Satu lagi kejadian lebih serius berlaku di sebuah kedai donat di Tulsa, Oklahoma melibatkan penyerang yang membaling bom api ke arah premis berkenaan selepas satu acara LGBTQ diadakan di situ.

Kajian juga mendapati protes kebencian terhadap golongan ini turut berlaku sebelum ini di bandar-bandar besar seperti Philadelphia, Memphis, Dallas, Cleveland, Las Vegas, Minneapolis, St. Paul, Boston, Miami, Denver dan Phoenix.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Minggu lalu, berlaku amukan bersenjata api yang mengorbankan 5 nyawa dan mencederakan 25 yang lain di Kelab Q yang dikatakan berpunca dari satu penganjuran aktiviti LGBTQ.

Ancaman Keganasan

BACA: World Cup 2022: ‘Peringatan Mesra’ Buat Penyokong LGBT Yang Ingin Buat Onar Di Qatar

Sumber: Kosmo!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Tak Puas Hati Dasar “Lockdown”, Ratusan Orang Awam Di China Lakukan Protes Terhadap Kerajaan XINJIANG — Ratusan orang...

Mamak News

3s Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Seekor ular sawa anggaran tiga meter berjaya dikeluarkan daripada sebuah pesawat oleh para pekerja setelah...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JOHOR BAHRU – Satu sindiket penipuan yang menj0al jam tangan dan beg tangan mewah dengan menyasarkan ahli perniagaan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KYIV: Seramai 15 orang awam terbunuh dan lebih 35 lagi cedera ekoran serangan Russia ke atas bandar Kherson...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications