Hi, what are you looking for?

Muzik

Serangan Tenaga, Tuju hala ke AJL


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

DILANCARKAN sejak hujung Disember lalu, Tuju Untuk Kamu 18/19 yang memuatkan tujuh buah trek merupakan antara diskografi sewajarnya diberikan perhatian.

Berstatus album debut solo Tuju K-Clique, penulis kian terpegun dan kagum dengan kredibiliti pemilik nama lengkap, Muhammad Azree Shah Awang Zamri itu baik sebagai seorang rapper, vokalis dan komposer.

Dalam kalangan ahli kumpulan K-Clique lain, Tuju merupakan antara yang mempunyai pakej lengkap bukan hanya sebagai seorang rapper, bahkan penyanyi bersuara merdu dan mempunyai identiti sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Identiti, ‘diss track’

Bercakap tentang identiti, album perdana Tuju seolah-olah memberikan peringatan kepada setiap khalayak bahawasanya, dia lengkap dengan signatur atau identiti yang jarang ada dalam diri seorang penyanyi rap.

Dari segi komposisi muzik, apa yang diadun Tuju terutama menerusi trek kelima, Tenaga banyak mengingatkan penulis kepada gaya kerja Ical Mosh, seorang lagi rapper tanah air yang sangat jujur dengan profesionnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebagaimana bait liriknya yang berbunyi, ‘berapa banyak ego nak kasih mampus’, ungkapan tersebut membuktikan, kadang-kadang sebagai penulis apa sahaja yang terbuku di hati, adalah lebih baik dilepaskan keluar.

Itu yang dilakukan Tuju dan pasukannya yang terlibat menghasilkan karya berkenaan.

Merinding dengar pukulan lirik yang dipadankan cukup cantik dengan melodi dalam Tenaga. Buat sesiapa yang mengikuti perkembangan muzik K-Clique dan Klouds, pasti dapat menebak Tenaga barangkali merupakan balasan buat ‘si seteru’ yang sebelum ini pernah meluncurkan diss track (serangan) berjudul Ego.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sedikit info tentang diss track, istilah berkenaan biasanya merujuk terhadap lagu yang ditujukan kepada seseorang dalam kancah muzik sama.

Sejarah lagu diss track sudah bermula sejak 1960-an lagi tetapi dipopularkan kembali oleh artis hip-hop sekitar 1990-an.

Enam single lain yang dimuatkan dalam album Tuju Untuk Kamu 18/19 turut diisi banyak kualiti menjadikan album Tuju, sebuah perkongsian muzik yang sangat istimewa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dua trek kegemaran penulis adalah Tenaga dan Jiwa Pusing yang masing-masing kaya dengan komposisi muzik dan nukilan lirik penuh signikan dan gaya tersendiri.

Jika Noki sudah dua kali ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL), sudah tiba masanya untuk ahli K-Clique lain turut menjalar dengan karya solo masing-masing.
Tuju merupakan antara yang layak diberi perhatian dan peluang sama.

Syabas buat Tuju atas kelahiran Tuju Untuk Kamu 18/19 yang secara peribadi, boleh disifatkan sebagai sebuah karya yang menyegarkan untuk jalur muzik hip-hop tanah air.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terima kasih kerana cekal berani menghasilkan album pada era ramai pengkarya muzik hanya berkejar-kejar menerbitkan single.

Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Kepulauan Talaud, Indonesia pada pukul 7.16 malam tadi....

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Oyen Buat Hal Lagi, Kali Ini Menyamar Jadi Kapibara Di Zoo Negara Cuaca sejuk sejak kebelakangan ini ekoran...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Is Sabri Yaakob membangkitkan kekecewaan Malaysia dalam isu Palestin dan Myanmar terutamanya...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Saintis Temui Virus Covid Baharu Dalam Kelawar, Dipercayai ‘Kalis’ Terhadap Vaksin Sedia Ada Saintis mendakwa bahawa telah menemui...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications