Hi, what are you looking for?

Mamak News

Sesi Persekolahan 169 Murid Di Kawasan Banjir Ditangguh


KOTA KINABALU: Sesi persekolahan 169 murid di tiga sekolah yang terjejas akibat banjir ditangguhkan hari ini.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Dr. Mistirine Radin berkata, sekolah yang terjejas adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Penontomon, Pensiangan; SK Pantai Boring, Beluran dan Prasekolah SK Lago, Beaufort.

Beliau berkata, sesi persekolahan bersemuka bagi penggal tiga terpaksa ditangguhkan kerana keadaan sekolah masih dilanda banjir atau banjir baharu surut dan sedang dalam proses pembersihan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Pelajar Kampung Bemban Naik Bot Tempur ATM Ke Sekolah

Walau bagaimanapun, kesemua murid yang terlibat akan mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) bermula 10 Januari sehingga sekolah selamat dan bersih untuk sesi persekolahan bersemuka.

Mengulas lanjut katanya, secara keseluruhan terdapat 1,290 sekolah memulakan sesi persekolahan hari dan membabitkan seramai 536,226 pelajar serta 42,046 guru.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 1,075 adalah sekolah rendah dan 218 sekolah menengah. Ia membabitkan 320,743 murid sekolah rendah dan 215,483 pelajar sekolah menengah,” katanya.

Sekolah yang terlibat termasuk sekolah rendah kerajaan, sekolah rendah bantuan kerajaan, sekolah menengah kebangsaan, sekolah menengah agama, sekolah menengah berasrama penuh, kolej vokasional dan juga sekolah sukan Malaysia.

Sementara itu, sebanyak 38 sekolah swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan turut memulakan sesi persekolahan hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia membabitkan 7,149 murid termasuk 1,075 murid sekolah rendah dari 18 sekolah dan seramai 6,074 pelajar sekolah menengah dari 20 sekolah.

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Batal Atau Tak Kunyah Gula-Gula Getah Ketika Berpuasa? Ini Jawapan Mufti Di bulan Ramadan ini, pasti ramai diantara kita yang mempunyai masalah nafas...

Sukan

0 VALLETTA (MALTA) – ­Pres­tasi semasa Mateo Retegui mengukuh­kan lagi pendirian pengendali Itali, Roberto Mancini yang bersedia untuk beri peluang kepada mana-mana pemain dua...

Mamak News

0 BATU PAHAT – Taktik menjadikan kereta sebagai stor menyimpan dadah akhirnya berjaya dihidu polis selepas seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan di Pekan...

Mamak News

0 JAKARTA: Kementerian Kesihatan meminta orang ramai tidak membuat pembelian panik larutan air garam (ORS) yang tular di media sosial kerana dikatakan berkesan menahan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications