Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

Sesi Terapeutik Dengan Melukis, Dirty Art Studio Ini Tawar Splash Art Di Kuching


Melukis pun boleh release stress tau, boleh cuba di Kuching ni

Sesi Terapeutik Dengan Melukis, Dirty Art Studio Ini Tawar Splash Art Di Kuching. Nak tau tak? Ada satu hidden gem di Kuching ini di mana anda boleh releasekan stress anda dengan membuat aktiviti terapeutik.

Lokasinya tidak jauh dari The Spring Mall, studio ini terletak di kawasan perumahan yang telah diubah suai menjadi ruang santai yang ceria sesuai untuk korang tenangkan minda anda dan fokus pada aktiviti tersebut.

Buat aktiviti kreatif selama 45 minit boleh mengurangkan tekanan

Melukis sentiasa dilihat sebagai aktiviti terapeutik dan santai yang membantu mengalihkan fikiran kita daripada jadual sibuk kita. Menurut penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of the American Art Therapy Association, melakukan aktiviti kreatif selama 45 minit boleh mengurangkan tekanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Di studio ini menawarkan pelbagai aktiviti seronok untuk dilakukan setiap hujung minggu. Sesi pagi dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari menampilkan Seni Bertekstur, Seni Fabrik, Seni Pasir dan Sesi Melukis. Manakala sesi petang dari jam 1.30 hingga 3 petang atau 4 hingga 5.30 petang pula menawarkan aktiviti Seni Percikan, Seni Pusingan dan Seni Tuangan.

Mereka menawarkan satu sesi melukis di sini berharga RM160/pax untuk pakej 60 minit pengalaman yang menyeronokkan ini.

Pelbagai aktiviti seni kreatif ini sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang ingin meluangkan masa berseronok dan berkreatif bersama keluarga dan rakan-rakan pada hujung minggu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lokasi: Dirty Art Studio: 583, Lor Suaidi Haji Arshid 1, Traffic Garden, 93300 Kuching
Waktu beroperasi: Sabtu & Ahad (Sesi pagi: 9.00 pagi-12.00 tengahari) (Sesi petang: 1.30 tengahari- 3.00 petang atau 4.00 petang- 5.30 petang)
Harga: RM160
Tempah di sini: klook.com / FB Dirty Art Studio

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Usaha Bersama BNM-PDRM Tangani Perniagaan Wang Haram di Sarawak BNM Dan PDRM Serbu Lapan Premis Perniagaan Perkhidmatan Wang Tanpa Lesen Di Sarawak. Bank...

Mamak News

0 SEMARANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun tular dalam media sosial kerana kepetahannya bertutur dalam bahasa Inggeris dengan loghat British. Kinara Arnintya Pratista,...

Mamak News

0 Rang Undang-undang Kawalan Produk R Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Mer...

Mamak News

0 NAPLES: Seorang bekas pengedar dadah sanggup menyerahkan sebuah pulau buatan yang dimilikinya di luar pantai Dubai kepada pihak berkuasa Itali dengan harapan hukumannya...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications