Yuna umum konsert Asia Tour di Kuching pada bulan Oktober ini!
Setelah 11 Tahun, Yuna Kembali Adakan Konsert Di Kuching Sempena Asia Tour. Selepas menunggu selama 11 tahun, peminat setia Yuna kini boleh bernafas lega.
Yunalis binti Mat Zara’ai atau lebih dikenali sebagai Yuna, akan kembali mengadakan konsert di Kuching sempena jelajah Asia Tour beliau pada bulan Oktober ini!

Beliau pernah mengadakan konsert di Kuching pada tahun 2012
Artis berbakat besar Malaysia ini, yang telah mencipta nama di peringkat antarabangsa terutamanya di Amerika Syarikat, telah memikat hati ramai melalui lagu-lagu hits beliau. Memori indah persembahan Yuna pada tahun 2012 di YUNA HOMECOMING CONCERT di Sarawak Cultural Village masih segar di ingatan.
Tiket yang akan mula dijual pada 2 Oktober
Dalam kenyataan beliau, Yuna berkata, “Can’t wait to go back to Kuching after so many years. I really miss you guys. Mark your calendar! I’ll see you there“.
Pesanannya ini jelas menunjukkan betapa rindunya beliau untuk kembali beraksi di depan peminat di Kuching.
Bagi anda yang menanti-nantikan persembahan ini, pastikan anda bersedia untuk mendapatkan tiket yang akan mula dijual pada 2 Oktober jam 11 malam waktu Pasifik (PST) atau 2 petang waktu Malaysia (MYT).
Tiket boleh dibeli di laman web ticket2u.com.my.
Berita gembira untuk peminat Yuna di Kuching, konsert tersebut bakal diadakan di bangunan terbaru di bandar raya ini, Hikmah Exchange. Bangunan canggih ini dijangka menjadi pilihan utama untuk persembahan-persembahan besar di masa akan datang dan Yuna merupakan salah seorang artis terawal yang akan menggegarkan pentas di sana.
Jangan terlepas peluang emas ini untuk menyaksikan persembahan langsung dari Yuna di Kuching! Siapa tahu, mungkin ini adalah peluang terakhir anda untuk menyaksikan beliau beraksi di tanah air tercinta. ‘Cop’ tarikh di kalendar anda dan pastikan anda menjadi sebahagian daripada sejarah ini.
Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:
Artikel asal oleh: iloveborneo.my
RM13.01
