Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Shaharudin Md. Dali, Saiful Reza sutradara Pendekar Awang


PUTRAJAYA – TERJAWAB sudah teka-teki apabila Studio Kembara Sdn. Bhd. mengumumkan Saiful Reza Shukor dan Shaharudin Md. Dali sutradara baharu filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah yang dirahsiakan selama ini.

Pendedahan tersebut merungkai persoalan mengenai pengganti bekas pengarah yang digugurkan iaitu Areel Abu Bakar dalam filem menelan belanja RM15 juta itu.

Penerbitnya, Abdul Rahman Md. Dali berkata, pemilihan dua pengarah itu dibuat bersandarkan keperluan untuk tugas yang berbeza dalam merealisasikan naskhah terbaik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pihak kami mementingkan kesempurnaan dengan menambah baik beberapa bahagian selepas merasakan plot awal filem harus diperbaiki.

“Faktor tersebut mendorong kami menukar pengarah dan tentu saja sebagai penerbit saya mahukan sebuah karya yang menepati segala aspek.

“Shaharudin memberi tumpuan kepada pembangunan skrip dan jalan cerita, manakala Saiful Reza pula fokus terhadap kareografi serta babak,” katanya ketika tayangan filem itu, semalam.

Abdul Rahman turut menegaskan tiada sebarang isu yang menyebabkan pihaknya menamatkan khidmat Areel atau
Mohd. Shahreel Abu Bakar sebagai pengarah asal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sebenarnya tiada masalah apa pun kerana ini semua langkah biasa jika penerbit rasa mahu tambah baik lagi produk mereka,” ujarnya.

Pembikinan Pendekar Awang: Darah Indera Gajah pada April lalu mencetuskan kontroversi apabila Areel mendakwa dipecat tanpa sebarang alasan kukuh walaupun telah menyiapkan 90 peratus penggambaran.

Bahkan dedahnya, tiada perbincangan secara terperinci dilakukan pihak produksi selepas khidmatnya ditamatkan secara mengejut.

Menurut Rahman pula, hanya 35 peratus hasil kerja sutradara berusia 38 tahun itu digunakan dalam filem yang bakal menemui penonton di pawagam pada 11 Januari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Visual yang disiapkan Areel berdurasi lebih tiga hingga empat jam sebelum disunting, tetapi cuma 35 peratus digunakan kerana sebahagian besar filem ini adalah sentuhan Shaharudin dan Saiful Reza,” katanya.

Pendekar Awang: Darah Indera Gajah mengisahkan tentang usaha Tok Gajah ke Terengganu bagi mendapatkan sokongan dan bantuan pahlawan serta Sultan Terengganu.

British yang mendapat tahu perkara itu cuba menangkap Tok Gajah dan Awang menyebabkan mereka berdepan pertempuran sengit dalam usaha memastikan misi tersebut terlaksana.

Filem itu dibintangi Fattah Amin, Nur Fazura, Nadhir Nasar, Wan Hanafi Su, Nam Ron, Amir Ahnaf, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Amerul Affendi dan Hasnol Rahmat. – HIBGLAM

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement