Hi, what are you looking for?

Hiburan

Shahir juara pentas akhir Hijrahkan Laguku


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Shahir Zawawi dinobatkan sebagai juara pentas akhir program Hijrahkan Laguku yang berlangsung semalam.

Shahir atau nama sebenar Ahmad Shahir Zawawi mengenepikan pencabarnya Iwan Syahman, Datuk Nash dan Mark Adam sekaligus membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM100,000.

Anak kelahiran Kampar, Perak itu mendendangkan lagu, Madahku yang merupakan lagu asal Madah Berhelah dipopularkan penyanyi Ziana Zain. Selain itu Shahir juga tampil berduet bersama Nash menyanyikan lagu Perjalanan Jiwa gubahan daripada lagu asal, Kamelia yang dipopularkan kumpulan Sweet Charity.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bekas juara Akademi Fantasia musim ke-8 itu meluahkan rasa syukur atas kemenangannya malam tadi.

“Bukan hadiah yang kami kejar. Tetapi, saya bersyukur.

“Bukan soal juara ataupun tidak, yang penting program ini mudah-mudahan juara di hati para pendengar. Harap-harapnya begitu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Abang-abang saya di sini semuanya hebat-hebat belaka, termasuk empat orang lagi yang juga ada di sini. Insya-Allah, harapnya ada musim kedua yang dapat diteruskam sebagai medium ataupun platform bagi kami yang sedia menyebarkan dakwah ini,” katanya.

Dalam pertandingan sama, tiga peserta akhir lain, Iwan, Nash dan Mark berkongsi di kedudukan naib juara dan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000.

Selain itu, Iwan yang terkenal dengan jolokan raja dangdut dipilih sebagai penerima anugerah kategori Sawa’ Assabil sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kemenangan diberikan atas usahanya mengubah lebih 30 buah lagu untuk jalan dakwah.

Pentas akhir Hijrahkan Laguku yang bersiaran di TV AlHijrah menampilkan Faizal Ismail dan Bell Ngasri sebagai pengacara.

Peserta diadili komposer terkenal, Fauzi Marzuki dan anggota kumpulan Inteam, Muhammad Hazamin Harun. Program tersebut turut mengetengahkan penceramah terkemuka, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sebagai juri undangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pertandingan realiti televisyen yang bermula sejak lapan minggu lalu itu turut disertai beberapa artis terkenal termasuk Pengeran Adam, Zaf VE, Zack Kool dan Rahmad Mega.

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan yang juga orang kelainan upaya (OKU) lembam menjadi mangsa kerakusan dua kenalan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. DODOMA: Perkhidmatan internet berkelajuan tinggi yang dipasang di lereng gunung Kilimanjaro membolehkan pendaki yang mempunyai telefon pintar membuat...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – “Nasib baik mo orang putih (minah saleh), kalau mo kita (Melayu) tak dapat bayangkan”. Demikian...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PENGENDALI Kuala Lumpur City (KL City), Bojan Hodak mengakui pasukannya ada masalah ‘lambat panas’, tetapi masih berjaya merekodkan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications