Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Sharifah Amani hamil anak sulung


PETALING JAYA – Hampir dua tahun mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Ahmed Faris, pelakon Sharifah Amani berkongsi berita gembira dirinya yang kini berbadan dua.

Bagaimanapun, Amani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 38, hanya meninggalkan kapsyen ringkas tanpa mendedahkan butiran lanjut termasuk usia kandungannya ketika ini.

“Syukur, Alhamdulillah,” kongsinya menerusi hantaran video dalam Instagram.

Pada masa sama, dia hanya berkongsi beberapa foto yang kelihatan kandungannya seakan-akan sudah menjangkau beberapa bulan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat pelbagai reaksi gembira dan terharu sebaik dia mengumumkan berita gembira itu dengan keluarga serta rakan selebriti.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan memuji tindakan pelakon filem Sepet itu kerana bijak merahsiakan kehamilan dan hanya berkongsi pada waktu yang sesuai.

“Wah tahniah, daripada kecil tengok Amani berlakon, sekarang bakal jadi ibu, moga dipermudahkan segalanya. Pandai simpan rahsia, nampak macam sudah sarat,” komen netizen itu.

“Mesti comel bayi kalian nanti, baguslah umumkan selepas perut dah besar, kagum betul dengan Sharifah Amani. Dia tidak kalut dalam semua benda,” demikian komen seorang lagi netizen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Amani dan Ahmed Faris, 40, mendirikan rumah tangga pada 10 September 2022.

Pasangan ini disatukan di sebuah lokasi di Kuala Lumpur secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga serta teman rapat. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement