Hi, what are you looking for?

Hiburan

Shila Amzah nafi putus cinta dengan Ubai


PETALING JAYA – Penyanyi Shila Amzah menangkis dakwaan hubungannya dengan pempengaruh, Ubai putus selepas memuat naik hantaran Instagram memberi bayangan putus cinta semalam.

Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah menjelaskan perkara tersebut tercetus disebabkan situasi dirinya tidak baik, bukan berpunca daripada kekasih hatinya.

“Kesimpulannya hubungan kami okey, cuma saya sahaja yang berada dalam keadaan tidak baik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya juga ingin jelaskan bahawa keadaan kurang baik itu bukan disebabkan Ubai.

“Ada masa memang saya tidak okey dan ingin menjadi diri sendiri 100 peratus,” luahnya dalam siaran langsung di Instagram, hari ini.

Pelantun lagu Masih Aku Cinta itu juga menegaskan tujuan memuat naik hantaran semalam adalah ingin meluahkan rasa kasih terhadap Ubai selepas lima bulan menyulam cinta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, dia pelik apabila beberapa pihak yang menganggap statusnya seakan bayangan mengenai pengakhiran percintaan mereka.

“Bagi saya orang sekarang ramai yang tidak sensitif dan semua orang ada jatuh bangun.

“Perkongsian saya semalam lebih kepada menghargai Ubai tetapi 95 peratus orang tidak memahami mengenai status tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ramai menjangka hubungan kami putus dan memutar belit apa yang saya ingin sampaikan,” jelasnya.

Dalam masa sama, Shila menjelaskan perbuatannya bukan untuk mengundang buruk sangka orang ramai apatah lagi dia memuat naik gambar bersama pemilik nama Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli.

“Kalau kami putus, kenapa saya memuat naik gambar bersama dia (Ubai)?

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya bukan mahu mengundang negatif cuma perkara ini bergantung kepada cara pemikiran seseorang.

“Kalau otak negatif maka perkara positif pun akan dilihat ke arah keburukan,” tuturnya.

Semalam, heboh dalam media sosial mengenai perhubungan Shila dan Ubai yang dikatakan putus selepas lima bulan menjalin kasih.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, dalam satu kenyataan media, Ubai turut memaklumkan tentang pasang surut sesuatu hubungan dan mengharap doa baik dari orang ramai.

Hubungan percintaan pelantun lagu Cinta Hati itu dan Ubai mula didedahkan kepada umum pada Februari lalu selepas jatuh hati apabila terlibat dalam insiden skuter.

Malah, terdapat spekulasi muncul mengatakan hubungan mereka ke arah lebih serius apabila Ubai dilihat membeli cincin ‘tanda’ simbolik hubungan mereka dan berjumpa ibu teman wanitanya bagi meminta restu terhadap percintaan mereka. -KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Sukan

0 PETALING JAYA – Penyerang antarabangsa Colombia, Radamel Falcao dilaporkan sudah berada di Johor Bahru sekali gus menguatkan lagi spekulasi bakal bermain dalam kancah...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Penyanyi Iman Troye menghadiahkan wang tunai RM300 kepada pelajar yang mencapai peningkatan dalam apa sahaja mata pelajaran bagi keputusan Sijil...

Mamak News

0 KUALA NERUS – Seorang mekanik maut setelah kereta Perodua Kancil dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah jengkaut di Kampung Buluh Gading di sini, hari...

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang penyanyi cacat penglihatan dari Indonesia menerima kejutan besar apabila berjaya meraih Golden Buzzer dalam rancangan America’s Got Talent (AGT), baru-baru ini....

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications