Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Shila Amzah stres, anak mula berubah sikap selepas bersekolah


PETALING JAYA – Penyanyi Shila Amzah bimbang melihat perubahan sikap dan tingkah laku anak sulungnya, Seth Uwais selepas kanak-kanak itu dihantar ke sekolah.

Menerusi luahan yang dikongsikan Shila dalam sesi siaran langsung (live) Instagram sebentar tadi, penyanyi berusia 34 tahun iturisau apabila anaknya yang sebelum ini diasuh dengan sopan santun, tiba-tiba berubah sikap.

“Adakah normal apabila hantar anak ke sekolah, tiba-tiba anak itu jadi lain (berubah sikap)? Seth jadi lain. Contohnya, semalam dia buat perangai apabila dia menjerit kerana tidak mahu sesuatu.

“Dia tidak begitu sebelum dihantar ke sekolah. Jadi saya rasa tidak seronok. Selepas hantar ke sekolah, jadi begini pula,” ujar Shila.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kata pemilik nama lengkap Nurshahila Amir Amzah itu lagi, selain suka menjerit, Seth yang kini berusia lima tahun juga sudah pandai merajuk dan tidak mahu lagi meminta maaf selepas melakukan kesalahan.

“Dia suka merajuk dan ego untuk meminta maaf. Bila dihantar ke sekolah, tidak tahu perangai siapa yang dia ikut.

“Jadi apa yang perlu saya buat? Saya jadi stres dengan perkara ini sebab rasa tak seronok. Seth seorang anak yang ‘sweet’.

“Sebelum ini dia selalu cakap terima kasih, cakap elok-elok. Tapi selepas dihantar ke sekolah?” luah Shila.

Melihat perubahan sikap dan tingkah lagu anaknya, pelantun Patah Seribu itu berkata, dia tidak boleh berhenti daripada berfikir perkara yang bukan-bukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya tidak boleh berhenti daripada berfikir. Mungkin saya salah mengajar anak selama ini. Sebab saya seorang ibu yang terlalu lembut.

“Saya tidak mendidik anak dengan cara yang kasar, sebab saya tidak suka mendidik dengan cara begitu. Saya tidak mahu Seth menjadi seorang anak yang kasar.

“Sebab sebelum dihantar ke sekolah, alhamdulillah saya sudah mendidik Seth sehingga boleh membaca, kenal abjad dan nombor. Jadi perubahan sikapnya membuatkan saya risau,” ujar Shila.

Sementara itu, seorang pengikutnya dalam Instagram yang mendakwa dirinya seorang guru berpendapat, tingkah-laku yang ditunjukkan oleh Seth dianggap normal untuk perkembangan kanak-kanak ketika bergaul dengan rakan sebaya dan meminta Shila supaya tidak terlalu bimbang.

“Sebagai guru, saya berpendapat perkara sebegitu adalah normal. Sebab dia belajar daripada apa yang dilihat di sekolah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sebab dia baru belajar untuk bersosial. Jadi dia belum faham apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Jadi jangan risau,” kata guru terbabit.

Sebelum ini, Shila pernah berkongsi Seth mempunyai masalah speech delay atau lambat bertutur, selain masalah deria atau censory issues sehingga perkembangannya lambat setahun berbanding kanak-kanak seusianya.

Kata Shila, proses untuk memulihkan anak yang lambat bertutur ini memerlukan masa dan berharap ibu bapa di luar sana dapat bersabar dan sentiasa bercakap dengan anak.

Untuk rekod, Shila yang kini sedang sarat hamil, mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Ubai atau nama sebenarnya, Muhhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, pada 4 Ogos 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum itu, Shila pernah berkahwin dengan Haris Edraki pada 2018, namun hubungan tersebut berakhir dengan penceraian.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia lima tahun. – KOSMO ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement