Hi, what are you looking for?

ShopeeFood

Mamak News

Shopee Lancar ShopeeFood Di Lembah Klang – Pesaing FoodPanda Dan GrabFood


Shopee kini telah pun melancarkan ujian percubaan bagi ShopeeFood di kawasan Lembah Klang, sekaligus membolehkan pengguna di Lembah Klang melakukan tempahan makanan menggunakan aplikasi Shopee secara terus.

Ciri ini sedang diaktifkan secara berperingkat kepada semua pengguna sekitar Lembah Klang, dan dijangka diaktifkan sepenuhnya untuk semua pengguna Lembah Klang bermula bulan September ini.

Shopee Melancarkan ShopeeFood Di Lembah Klang - Pesaing FoodPanda Dan GrabFood

ShopeeFood dilihat sedia menyenaraikan sejumlah kedai makan popular di Lembah Klang, bukan sahaja kedai makan dan restoran biasa, tetapi termasuk jenama seperti Kenny Rogers Roasters, Tealive, Boost, dan juga Marrybrown.

ShopeeFood beroperasi antara 10 pagi ke 10 malam, dan bersempena pengenalan ini, Shopee turut menyediakan beberapa kupon melalui laman ShopeeFood untuk ditebus pengguna, dan lebih berjimat lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Shopee Melancarkan ShopeeFood Di Lembah Klang - Pesaing FoodPanda Dan GrabFood

Melalui laman FAQ, Shopee turut mengatakan ShopeeFood turut mengenakan caj perkhidmatan tambahan untuk tempahan makanan melalui platform mereka. Caj ini berbeza mengikut penjual, dan Shopee mengatakan ia dikenakan bagi memastikan pengalaman dan kualiti perkhidmatan terbaik ditawarkan mereka.

Shopee Melancarkan ShopeeFood Di Lembah Klang - Pesaing FoodPanda Dan GrabFood

Bagi anda yang berminat dan berada di Lembah Klang, boleh menyemak aplikasi Shopee anda untuk ikon ShopeeFood hari ini, dan menebus sejumlah kupon untuk digunakan bagi pembelian melalui ShopeeFood.

Jika segalanya berjalan lancar, tidak mustahil kita melihat ShopeeFood diperluaskan ke lokasi lain dalam bulan-bulan akan datang.

Kredit: Amanz

  Layari: ShopeeFood

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Lelaki itu jadi mangsa penipuan selepas kerugian RM320k Gara-Gara Nak Beli R Dan Arak Murah, Lelaki Dari Miri Ini Rugi RM320k. Dilaporkan seorang...

Mamak News

0 MANILA: Foto seorang budak lelaki mengemis di ibu negara Filipina menggunakan kod QR tular dalam media sosial, mendorong sebuah badan kerajaan mengeluarkan amaran...

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – “Daddy mana, bila daddy balik”. Demikian soal anak-anak pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) orang kelainan upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari...

Sukan

0 LONDON – Tottenham Hotspur mengharapkan kemenangan ke atas Leeds United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Elland Road malam ini bagi mencerahkan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications