Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Shuhada masih trauma, anak tak izinkan kahwin lagi


HULU LANGAT  – “Anak anak trauma dan tak izinkan saya untuk berkahwin lagi.”

Itu kata bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri ketika tanya tentang perancangannya untuk kembali bergelar isteri suatu hari nanti.

Kata Shuhada atau mesra disapa Shu, selain anak-anaknya tidak memberi keizinan, dirinya sendiri juga belum bersedia untuk membuka pintu hati mencari pasangan baharu dalam hidupnya.

“Anak-anak risau saya tersalah pilih pasangan dan menangis lagi.

“Saya juga belum bersedia membuka pintu hati untuk mencari pasangan hidup (suami),” ujarnya kepada Kosmo! Online.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kata Shuhada, 30, lagi, buat masa ini dia hanya mahu menjaga emosi anak-anaknya sahaja dan memberikan kebahagiaan buat mereka supaya membesar dengan sempurna.

Pada masa sama, Shuhada yang ditemui di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini untuk perbicaraan kali pertama kes dicederakan bekas suaminya, turut mengakui trauma untuk berkahwin lagi buat masa ini.

“Saya memang nak jaga emosi anak-anak saja nak berikan kebahagiaan buat mereka. Saya tidak mahu mereka membesar dalam keadaan tak elok.

“Buat masa ini, saya juga akui masih trauma untuk membuka pintu hati buat jejaka lain dan takut apa yang akan terjadi selepas ini,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata itu tidak menolak ada didekati lelaki yang mahu mengenalinya bersama anak-anak dengan lebih rapat, namun Shu hanya mahu anggapnya sebagai kawan sahaja.

“Memang ada yang cuba dekati saya dan anak-anak. Tapi saya anggap hanya kawan sebab nak mulakan hubungan baharu itu, saya kena sembuhkan diri dulu.

“Sekarang ini bukan menjadi keutamaan saya untuk mencari pengganti mahupun kejar dunia. Apa yang penting sekarang saya mahu mendidik anak-anak saya, Umairah dan Umar

“Saya mahu jaga anak elok-elok kerana tidak mahu mereka mengulangi kesilapan seperti saya. Kalau boleh nak capai cita-cita tertangguh dulu,” jelasnya yang tidak menolak andai dipertemukan jodoh suatu hari nanti.

Untuk rekod, Shuhada mendirikan rumah tangga bersama Hafidz pada 30 April 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 7 dan Umar, 3 tahun – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement