Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Shuib akui ‘sangkut’, bayar tunggakan KWSP pekerja sikit-sikit


PETALING JAYA – Penyampai radio yang juga usahawan, Shuib akhirnya tampil mengakui bahawa syarikat minuman yang diasaskannya iaitu Bubble Bee, mempunyai masalah untuk membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pekerjanya seperti yang ditularkan seorang individu dalam laman sosial.

Bagaimanapun, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad menafikan dakwaan syarikatnya itu langsung tidak membayar wang caruman KWSP pekerjanya.

Kata Shuib, pihaknya telah membuat rundingan dengan KSWP untuk membuat bayaran caruman secara ansuran selepas mengalami masalah pengurusan kewangan dalam syarikatnya sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya akui, benar Bubbe Bee ada ‘sangkut’ (tertunggak) bayar KWSP. Cuma saya mahu buat pencerahan, apabila surat layang itu dikeluarkan, seolah-olah kami langsung tidak tahu tentang KWSP kakitangan kami.

“Saya nak beritahu, bermula awal tahun 2023, kami telah berhubung dengan KWSP dan maklumkan kepada mereka situasi yang berlaku (masalah kewangan).

“Tunggakan tersebut, kami tidak boleh bayar sekali gus. Jadi kami buat rundingan untuk bayar secara ansuran,” jelasnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kata Shuib lagi, sepanjang lebih tiga tahun membina jenama Bubbe Bee, dia mengakui melalui fasa jatuh dan naik bersama syarikat tersebut. Sehinggalah pada tahun ketiga, dia merasakan Bubbe Bee disalah urus daripada segi kewangan.

“Kita buat jualan yang sangat tinggi. Tapi bila disalah urus, banyak benda jadi kelam kabut. Itu yang berlaku sehinggalah pada November 2022, saya bersama seorang lagi rakan kongsi telah mengambil alih semuanya, termasuk pengurusan kewangan.

“Tahun 2023 bukanlah tahun yang baik untuk industri makanan dan minuman (F&B). Sudah tentu jualan kita jatuh. Banyak benda nak kena bayar itu dan ini,” jelasnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebagai majikan, Shuib sedar tentang perkara tersebut dan tidak hanya berpeluk tubuh. Malah, sudah pun melakukan rundingan dengan pihak KWSP untuk membuat bayaran secara ansuran.

“Jadi kalau tulisan yang sedang tular itu menampakkan kami memang buat tidak tahu pada caruman KWSP kakitangan kami, itu adalah salah.

“Kita ada berhubung dengan KWSP dan berunding. Sebab kita tidak boleh bayar sekali gus, kita bayar sikit-sikit,” jelasnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah Shuib, penjelasan yang dilakukan itu bertujuan untuk mengelak timbul salah faham, selain tidak mahu orang luar merasakan syarikatnya (Bubble Bee) mengambil hak pekerja dengan tidak membayar caruman KWSP.

“Itu kewajiban saya sebagai pengasas dan pemegang saham dalam Bubble Bee. Alhamdulillah, kami juga telah membuat pembayaran. Banyak juga pembayaran yang telah dibuat,” jelasnya.

Pada masa sama, bapa kepada empat orang cahaya mata itu menganggap isu yang terjadi itu adalah lumrah dan dugaan dalam perniagaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sepanjang tiga tahun beroperasi, kami tidak pernah tidak membayar gaji pekerja. Kalau sampai orang kata saya bermewah-mewah, takkan saya nak beritahu berapa banyak duit saya sendiri keluarkan.

“Saya anggap ini sebagai dugaan dalam perniagaan. Saya perlu hadapinya. Sebab kami di Bubble Bee percaya boleh pergi sangat jauh dengan pengurusan yang betul.

“Sekali lagi, saya mahu memohon maaf kepada kakitangan Bubble Bee dan kepada bekas kakitangan atas kekurangan ini. Insya-Allah kita akan selesaikan secepat mungkin supaya tidak timbul salah faham,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu syarikat minuman yang diasaskan Shuib, Bubble Bee dikatakan gagal membayar caruman KWSP dalam tempoh yang ditetapkan selepas tular surat terbuka daripada seorang individu tidak dikenali dalam aplikasi TikTok.

Menerusi kenyataan dalam surat terbuka berkenaan, Bubble Bee dikatakan menolak bahagian gaji pekerja bagi caruman KWSP setiap bulan, namun tiada transaksi berlaku pada akaun para pekerja. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 TOKYO: Sebuah kilang pembuatan Jepun mendapat perhatian warga net baru-baru ini kerana mengeluarkan produk tukul berbentuk seperti pisang sebenar. Kilang besi Ikeda yang...

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Selepas jadi bapa, rasa muda semula (ketawa). Demikian respons rawak hero Malaya, Remy Ishak apabila disuakan pertanyaan bagaimana perasaan selepas...

Sukan

0 MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap ‘perang’ yang tercetus antara Pesuruhjaya Sukan, Suhardi Alias dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak berterusan sepanjang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications