Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

Siap ‘Framekan’ Nama Anak, Wanita Teruja Agong Pilih Nama Bakal Cahaya Mata


Al-Sultan Abdullah berkenan memilih nama Nichella Inez Starla untuk bayi perempuan dan Syderek Neville untuk bayi lelaki.

Siap ‘Framekan’ Nama Anak, Wanita Teruja Agong Pilih Nama Bakal Cahaya Mata. Teruja seorang guru apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memilih nama bakal cahaya mata pertamanya dalam Kembara Kenali Borneo baru-baru ini.

Naldiana Umping Michael menerusi hantaran di Facebookberkongsi kegembiraannya sehingga membingkaikan gambar tangkap layar daripada InstaStory Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Siap 'Framekan' Nama Anak, Wanita Teruja Agong Pilih Nama Bakal Cahaya Mata
Siap ‘Framekan’ Nama Anak, Wanita Teruja Agong Pilih Nama Bakal Cahaya Mata. Kredit: Kosmo

Hantaran InstaStory itu dimuat naik selepas setengah jam Naldiana menyampaikan surat kepada Seri Paduka Baginda ketika baginda berkenan singgah di Stesen Minyak Petronas Simpang Layar, Selasa lalu.

“Tuanku Agong pilih nama ini! Semoga berjaya dapat anak,” tulis Tengku Mahkota Tengku Hassanal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Senarai nama yang disampaikan itu terkandung nama bayi yang berpotensi bagi jantina lelaki mahupun perempuan.

Naldiana berkata, dia tidak menyangka Seri Paduka Baginda akan memberikan respons ekoran dia hanya berjaya menyampaikan surat itu beberapa minit sebelum keluarga Diraja berangkat.

Siap 'Framekan' Nama Anak, Wanita Teruja Agong Pilih Nama Bakal Cahaya Mata

“Tengku Hassanal berkenan memuat naik surat saya di Instagram Story.

“Saya tidak berpeluang untuk bercakap dengan baginda dan anakanda memandangkan keadaan begitu sesak dan berlaku pantas,” katanya.

Naldiana merupakan guru bahasa Inggeris di SK Ng Ajau, Betong, iaitu kira-kira tiga minit dari Petronas Simpang Layar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia dan suaminya, Sonny telah mendirikan rumah tangga selama tiga tahun.

Naldiana berkata mereka berharap dapat menimang anak sulung tahun depan.

Baca lagi artikel menarik:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tindakan Murni Abang Kurier Tolong Lindungi Jemuran “Customer” Dari Hujan Dipuji Tindakan murni penghantar barangan dipuji selepas dia didapati membantu melindungi barangan pelanggan...

Lifestyle

0 KKM sedia hadapi ancaman pandemik penyakit X Ancaman Penyakit X Makin Hampir, Pakar Jangka 50 Juta Kematian Dan Lebih Bahaya Daripada Covid-19. Pakar...

Mamak News

0 BATAM: Pulau Rempang di Kepulauan Riau tidak jadi dikosongkan untuk memberi laluan kepada projek mega yang menyaksikan kerjasama Indonesia dengan China menerusi pembinaan...

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Ternakan di negara ini dilaporkan bebas daripada penyakit Nipah di mana jangkitannya boleh tersebar melalui sentuhan langsung dengan haiwan terjangkit selain...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications