Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Siap Panggil Sayang, Wanita Tenang Usir Ular Penuh Kelembutan Guna Penyapu


Siap Panggil Sayang, Wanita Tenang Usir Ular Penuh Kelembutan Guna Penyapu

Tidak semua orang mampu berhadapan dengan haiwan reptilia seperti ular. Baik lelaki mahupun perempuan, semua pasti gerun untuk menghadapinya.

Terutamanya apabila berhadapan dengan ular yang berbisa, pasti ramai tidak akan sanggup untuk berhadapan dengan haiwan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ular berbisa seperti ular tedung sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian kepada manusia jika terkena bisanya.

Apa yang pasti, apabila berhadapan dengan haiwan ini, anggota keselamatan seperti Bomba dan JPAM adalah antara yang pertama akan dipanggil bagi menanganinya.

Namun lain yang terjadi pada seorang wanita ini, apabila dia dilihat tenang berdepan dengan seekor ular yang dipercayai dari spesies Kepala Kerbau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh wanita tersebut menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya yang bernama @najwadianz.

Berdasarkan video muat naik itu, ular tersebut pada awalnya dilihat berada di kawasan pagar hadapan rumah miliknya.

Cara wanita itu berhadapan dengan ular tersebut dipuji ramai, apabila dia dilihat dengan manjanya menolak ular tersebut menggunakan penyapu seakan-akan menghalau seekor kucing.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomKredit TikTok

Yang lebih menarik ialah, wanita itu juga memanggil ular tersebut dengan panggilan sayang. Nada intonasi yang digunakan juga sangat sopan dan penuh kelembutan.

“Keluar slowly, keluar. Sini sayang, keluar. Okay ya,” kata wanita itu kepada ular tersebut.

| KampungmamakcomKredit TikTok

Menerusi video itu lagi, ular tersebut juga dilihat cuba untuk menyerang wanita berkenaan. Namun, wanita itu tenang tidak berganjak dan masih meneruskan misinya untuk mengeluarkan ular berkenaan dari kawasan rumahnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tak nak gigit-gigit orang. Aipp melawan, taknaklah macam tu. Pergi sana, balik, balik, balik,” kata wanita itu lagi kepada ular tersebut yang cuba melawan.

Ular itu akhirnya berjaya dikeluarkan oleh wanita tersebut.
| KampungmamakcomKredit TikTok

Dalam muat naik video yang berlainan, ular itu dikatakan sudah ditangkap oleh ayah wanita tersebut lalu dilepaskan di tempat yang selamat.

Muat naik video itu telah menyebabkan ia menjadi bualan hangat oleh pengguna TikTok yang lain. Mereka juga telah meninggalkan komen mereka berkenaan muat naik video tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Ramai Tak Tahu, Sazali Samad Perjelas Perbezaan Antara Gelaran Mr. Universe & Mr. Olympia

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Sis beraninya you. Aku memang takdan la nak capai penyapu ke apa. Memang susun langkah seribu terus,” tulis seorang netizen yang memuji keberanian wanita tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sangat sangat tenang ye ko kak..kalau aku ni memang menangis suruh suami aku balik. Kalau mak aku? Melompat kawan tu entah lari ke mana,” tulis seorang lagi netizen yang tidak membayangkan kalau perkara itu terjadi kepadanya.

“Macam mana boleh tenang macam ni, kalau akak dah lompat kemana entah,” tulis seorang lagi yang terpegun dengan aksi wanita tersebut.

@najwadianz93

Replying to @Q | SHOP ikutkan xde la lembut pn saya berckp dgn ular tu,tp sbbkan guna voice effect dari tiktok ni tu y dengar lembut jaa😅😅😅

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ original sound – 🌙 ɴᴀᴊᴡᴀ & Akira ᶠᴿ – 🌙 ɴᴀᴊᴡᴀ & Akira ᶠᴿ

Sumber: TikTok/@najwadianz93

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement