Hi, what are you looking for?

Sukan

Siaran langsung Liga Malaysia di Astro, RTM musim ini


PEMINAT bola sepak tanah air boleh menarik nafas lega selepas semua aksi Liga Malaysia (Liga M) musim ini dapat disaksikan secara langsung menerusi dua stesen televisyen terkemuka, Astro dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Perkara tersebut disahkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selepas mengesahkan ke­dua-dua stesen tersebut bersetuju untuk jadi penyiar rasmi pada kempen musim 2023 yang akan membuka tirai pada 24 Februari depan.

Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, kehadiran Astro dan RTM bakal menambah kemeriahan musim baharu Liga M 2023 yang akan bermula secara rasmi melibatkan aksi Piala Sumbangsih antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu FC (TFC).

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya percaya dengan soko­ngan dan komitmen rakan penyiar tempatan, ia bukan hanya demi kepuasan kualiti tontonan peminat-peminat tanah air malah ia dapat meningkatkan nilai komersial Liga M.

“Saya percaya situasi ini ­akhirnya dapat memberikan pulangan besar buat pasukan serta pemain dalam kempen musim ini,” katanya dalam satu kenya­taan semalam.

Semua perlawanan yang akan disiarkan oleh Astro dalam definisi tinggi (HD) meliputi Piala Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia yang boleh ditonton di platform linear (TV), On Demand dan Astro GO.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Manakala RTM pula akan menyiarkan secara langsung 75 perlawanan merangkumi beberapa saingan termasuk Perlawanan Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia menerusi saluran TV2, Sukan RTM dan TV Okey sert aplikasi RTMKlik.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Rama­lingam berkata, gandingan Astro dan RTM selaku rakan penyiar Liga Malaysia musim ini bakal memenuhi kehendak peminat-peminat tempatan yang mahukan satu liputan menyeluruh dan menarik.

“MFL percaya dua rakan penyiar ini berkongsi objektif dan fokus mengenai kandungan yang penting jadi kami telah menemui rakan kongsi terbaik untuk membina semula jenama dan impak Liga M ke tahap lebih tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dengan kepakaran dan pe­ngalaman yang dimiliki Astro dan RTM dalam bidang penyiaran sukan, kami berharap ia dapat memenuhi jangkaan dan harapan semua peminat-peminat,” katanya.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – Seramai 12,380 warga asing yang ditahan di depoh imigresen di seluruh negara telah dihantar pulang ke negara masing-masing tahun ini....

Mamak News

0 SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang meneliti pendekatan Pelaksanaan Sekolah Mo Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) atau Pelaksanaan Peroperasian Sekolah Mo Khas...

Mamak News

0 China Mula Buka Sempadan Kepada Kumpulan Pelancong Asing BEIJING, 31 Mac (Bernama-Sputnik) — China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat,...

Mamak News

0 SEREMBAN – SIRIM Berhad menyasarkan seramai 50,000 orang usahawan dapat dilahirkan menjelang tahun 2027 menerusi program pembangunan usahawan termasuk inisiatif tanggungjawab sosial korporat...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications