Hi, what are you looking for?

Mamak News

Siasatan ke atas Azam dijamin ikut perundangan – Wan Junaidi


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PUTRAJAYA: Proses penyiasatan rapi ke atas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki tetap mengikut lunas perundangan negara.

Demikian jaminan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berhubung siasatan terhadap kontroversi bos agensi itu.

“Sebenarnya kes ini sedang diteliti oleh dua pihak secara serentak iaitu Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sendiri,” jelasnya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu ujarnya, pandangan yang bebas daripada panel Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) yang dianggotai enam panel berkecuali turut diambil kira dalam penyiasatan.

Isu Azam menjadi panas susulan pengakuan secara terbuka mempunyai kepentingan saham dalam akaun atas nama dirinya yang didakwa konon digunakan pula oleh adiknya sendiri.

Kontroversi itu bertambah buruk apabila semua anggota LPPR tampil menafikan penjelasan Pengerusinya, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan menyifatkan ia hanya pendapat peribadi beliau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, pelbagai pihak termasuk pemimpin parti politik menggesa Azam ‘berehat’ atau meletak jawatan kerana skandal saham tersebut menghakis keyakinan rakyat ke atas SPRM.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi mengingatkan semua pihak bahawa kes itu masih dalam proses siasatan dan beliau akan memutuskan tindakan yang selanjutnya setelah penyiasatan selesai.

“Saya memang sedar terdapat banyak permintaan untuk dikenakan segera tindakan tegas ke atas Azam namun urusan penyiasatan oleh SC dan PDRM pun belum habis lagi,” tegasnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Justeru, sementara menanti hasil daripada siasatan akhir itu, beliau meminta semua pihak agar bertenang kerana pihak kerajaan berusaha sehabis baik bagi menangani perkara berkenaan.

Berhubung isu pemilikan saham oleh Azam dalam sebuah syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia, beliau berkata, transaksi pembelian pertama telah pun direkodkan pada 2016 lalu.

Ketika itu ujarnya, nilai sejuta unit saham tersebut cuma RM330,000 yang didagangkan pada harga antara 30 sen dan 33 sen seunit sebelum saiz semasa dipegang itu naik saban tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Berdasarkan harga awal, ia tidak mahal untuk diperoleh dan saya percaya mampu dimiliki kebanyakan kita terutama bagi sesiapa yang aktif ‘bermain’ saham bursa,” kata Wan Junaidi.

Malahan katanya, ia adalah normal bagi pelabur untuk menambah pegangan saham secara berperingkat terutama jika dilihat kaunter syarikat itu ada potensi besar dalam jangka panjang.

Pada masa sama, ia bukan kesalahan dan tiada peruntukan undang-undang atau peraturan yang sekat penjawat awam memiliki saham daripada syarikat senaraian di Bursa Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebaliknya tegas beliau, Akta Perkhidmatan Pegawai Awam (Tatalaku dan Tatatertib) 1993 hanya melarang urus niaga melibatkan pasaran hadapan sama ada di dalam atau luar negara.

“Selain daripada itu, penjawat awam yang ada saham di syarikat senaraian hanya perlu mengisytiharkan isu pemilikan berkenaan sebagai aset kepunyaan peribadi mereka,” tambahnya.

Menyentuh permintaan banyak pihak agar SPRM diletakkan di bawah Parlimen, Wan Junaidi berkata, perkara itu bukan semudah yang dirangka dan perlu diuruskan dengan amat cermat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun ujar beliau, demi memastikan SPRM kekal efektif, operasi agensi itu sewajarnya dibiarkan bebas sejajar Akta SPRM 2009 yang tidak boleh dikompromi dalam apa cara.- UTUSAN ONLINE



Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Polis menerima laporan berhubung seorang lelaki dipercayai pesakit mental membaling pisau di sebuah restoran makanan segera...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Polis terima laporan aktiviti penyamaran sebagai Pegawai Tinggi KDN PUTRAJAYA, 4 Okt (Bernama) — Polis menerima laporan berhubung...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Dua gol pantas dalam tempoh empat minit dilihat sebagai punca utama kekalahan 2-3 skuad hi...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. NEW YORK: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memfailkan saman fitnah berjumlah AS$475 juta (RM2.13 bilion) terhadap agensi...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications